Entah tertunaikah, azam dan harapan yang diingini selama mengharungi 2012 yang lalu? Dalam 100 yang diidamkan, rasanya tak sampai 5 pun yang dapat dikecapi. Namun ucapan alhamdulillah, tanda kesyukuran pada Pencipta, walau berapa pun yang dikurniakan oleh Nya pada ku.
Umur semakin meniti senja, amal ibadat entah cukup ke tidak untuk menghadapi saat perginya dari dunia ini selama-lamannya? Masih mencari-cari kesilapan sendiri yang cuba di perbaiki dari hari ke hari. Moga Allah kurniakan ku kekuatan menghadapi nafsu duniawi.
2012, kau ku tinggalkan dengan pelbagai rasa, ada pelbagai peristiwa warna warni kehidupan yang akan ku jadikan ianya memori di hari-hari mendatang. Tak semua, ada setengahnya akan ku hapuskan dari ingatan, agar ianya tidak menjadi penghalang ku di hari mendatang.
Selamat datang 2013, semoga tahun ini akan menjanjikan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Harapan ku semoga tahun 2013 ini, walau sesibuk mana sekalipun, akan lebih kerap aku dapat meluangkan masa bersama mak ayah yang semakin uzur di kampung.
Ucapan selamat tahun baru 2013 buat semua pembaca di blog zulkbo.com yang tak jemu singgah membaca di sini. Tanpa kalian, tidak lah mahu ku menulis lagi di blog ini. Moga Allah selalu memberkati kalian semua, dimurahkan rezeki dan sihat selalu, insyaallah.
Salam, selamat tahun baru juga drp kami. Semoga diberkati segalanya amin.
BalasPadamSelamat tahun baru 2013 dari kome wehh
BalasPadammoga tahun 2013 ni lebih mentop :)
Selamat menyambut kedatangan 2013. Semoga apa yang direncanakan menjadi kenyataan. Amin.
BalasPadamDoa untuk semua, semoga dalam keberkatan dan rahmat Allah jua...
BalasPadamKita semua sedang dalam perjalanan ke sana..
BalasPadamSelamat Meraikan Tahun Baharu,
Moga tahun ini memberikan jutaan keberkatan buat kita semua:)
Assalam....
BalasPadamselamat tahun baru juga buat saudara ...
Moga segala impian menjadi kenyataan
InsyaAllah...Ameen !
semoga apa yang diharapkan utk tahun ini tercapai
BalasPadamSalam..Semoga sukses selalu
BalasPadamSelamat tahun baru bro...semoga kita dapat memperbaiki lagi kualiti amal ibadat kita :)
BalasPadamYup..semakin hampir ..
BalasPadamapapun semoga tuan zulkbo berjaya pada tahun ini
salam
BalasPadamtahun lama berlalu
datang tahun baru
azam lama berdebu
azam baru menunggu
moga2 kita sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus
sambut usia dengan hati terbuka, syukuri nikmatnya...
BalasPadamSelamat melangkah ke tahun 2013. :-)
BalasPadam