Menurut sumber Facebook Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey. Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi, 28 Disember 2012. Berita yang mengembirakan bagi keluarga kedua bakal pengantin baru.
Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi, 28 Disember 2012. Berita yang mengembirakan bagi keluarga kedua bakal pengantin baru.
Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari. Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.
Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style. Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).
Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey. Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.
Sumber
Semoga mereka berbahagia sehingga hujung nyawa..
BalasPadamDengr juga cerita mengenai jurunikah pasangan ini adalah Tuan Guru.
BalasPadamBetul la tu Bro..
Padamorang sebelah sana panggil Tuan Guru
dengan panggilan Tok Guru :)
Semoga semuanya berjalan lancar... yang penting bukan siapa yang menikahkan, tetapi pernikahan itu sendiri agar sah di sisi syarak.
BalasPadambertuah dinikahkan oleh tok guru
BalasPadammudah2an kekal selamanya
InsyaAllah berkat Akad Nikah oleh tuan guru nik aziz ni, semoga Allah murahkan rezeki Apex dan looniey hingga bahagia ke anak cucu, Amin.
BalasPadamsemoga berkekalan hingga akhir hayat
BalasPadamsalam
BalasPadammoga2 lepas ni apex akan lebih cemerlang lagi jaga gawang
hehe
Alhamdulillah berkat dari Tok Guru..bahagia hendaknya..
BalasPadamtak kisahlah siapa. janji kahwin cepat-cepat.
BalasPadam