Menurut laporan terbaru, 2.6 juta penduduk Malaysia kini menghidap diabetes. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), Kementarian Kesihatan bagi tahun 2011 menunjukkan bahawa kadar penyakit diabetes meningkat kepada 15.2 peratus daripada 11.6 peratus pada tahun 2006.
Pemakanan yang sihat adalah sangat penting untuk pesakit diabetes. Penyakit ini adalah disebabkan kadar gula yang tinggi dalam tubuh sama ada kerana tidak cukup insulin ataupun badan tidak boleh memproses insulin secara sempurna. Cara pemakanan juga perlu disesuaikan dengan umur, jantina, berat badan dan juga aktiviti seharian individu.
Makan pelbagai jenis makananTak salah kalau anda inginkan makan pelbagai jenis makanan. Tapi haruslah lengkap mengikut piramid makanan. Paling penting, ikut kalori yang di perlukan dalam badan anda. Kira kalori yang badan anda perlukan. Makan dalam kuantiti kalori yang diperlukan sahaja untuk membolehkan kalori anda terbakar dengan sempurna.Kurangkan pengambilan gulaGula penting untuk tubuh tetapi akan menjadi sebaliknya jika di ambil secara berlebihan. Gula tiruan boleh diambil untuk menggantikan gula dan madu. Kek, air berkarbonat dan sebagainya boleh lagi di nikmati tetapi cuma dalam jumlah yang sedikit kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Kurangkan atau jangan tambahkan gula dalam masakan harian anda juga dapat membantu mengurangkan kadar pengambilan gula anda seharian.Kurangkan pengambilan garamMasak hidangan anda atau pilihlah makanan yang mengandungi kurang kuantiti garam. Kurangkan daripada memakan makanan yang telah di proses dan banyak bahan perasa tiruan yang mengandungi jumlah sodium yang tinggi. Satu sudu teh sahaja sudah mengandungi sebanyak 2300mg sodium.Kuatkan diri anda dengan buah dan sayurTingkatkan pengambilan sayuran, buah buahan, bijirin penuh, susu penuh,susu tanpa lemak dan susu rendah lemak. Ini adalah untuk memberi mineral dan vitamin yang di perlukan oleh tubuh badan. Pilihlah makanan yang rendah lemak untuk badan yang lebih sihat.Dapatkan berat badan idealYang paling penting, berat badan harus di tahap yang ideal. Kawal pemakanan anda setiap hari mengikut kalori yang diperlukan. Kesihatan dapat di jaga apabila berat badan juga terjaga. Sumber:KKM
Banyak orang yang menyalahkan kemewahan dan gaya hidup moden kini sebagai punca mendapat penyakit sebegini. Isunya ialah sikap kita sendiri terhadap kesihatan. Hakikatnya, cara hidup kita mungkin berubah tetapi amalan pemakanan kita sebenarnya mungkin tidak pernah berubah.
Mungkin nenek moyang kita makan makanan yang sama dengan apa yang kita makan hari ini tetapi mereka bekerja di ladang dan mengeluarkan peluh, sedangkan kita masuk ke pejabat berhawa dingin dan kurang bersenam. Budaya masyarakat negara ini harus berubah.
Kita harus mengawal cara pemakanan kita sekeluarga bermula dengan anak-anak kita. Kurangkan pemakanan dengan makanan segera yang kurang berkhasiat. Tetapi apa yang lebih penting ialah dengan menekankan keperluan beriadah dan bersenam di kalangan mereka bermula dari kecil.
Mungkin nenek moyang kita makan makanan yang sama dengan apa yang kita makan hari ini tetapi mereka bekerja di ladang dan mengeluarkan peluh, sedangkan kita masuk ke pejabat berhawa dingin dan kurang bersenam. Budaya masyarakat negara ini harus berubah.
Kita harus mengawal cara pemakanan kita sekeluarga bermula dengan anak-anak kita. Kurangkan pemakanan dengan makanan segera yang kurang berkhasiat. Tetapi apa yang lebih penting ialah dengan menekankan keperluan beriadah dan bersenam di kalangan mereka bermula dari kecil.
hai bro Zulkbo,
BalasPadamtips yang bermanfaat. harap kita semua dapat menjaga diet pemakanan kita dengan baik, elakan memakan makanan yang berlemak dan kolestrol yang tinggi.
Penyakit Diabetes ini punca kepada penyakit lain.
BalasPadamsebelum kena ni pun kena berhati2 dah dalam pemakanan sekarang ni :)
BalasPadamKurangkan gula dan garam tu yang susah nak ikut tu. nak manis kena tambah gula, nak makanan sedap mesti lebih garam.
BalasPadamyg penting kena kurangkan makan garam dan gula...bukan hanya pesakit diabetes je tp semua org...mencegah lebih baik dr mengubati..
BalasPadamMakan bercermat membawa rahmat.
BalasPadamsekarang ni penyakit diabetes pun boleh menyerang kanak2
BalasPadamsalam
BalasPadamaku risau pasal sayur je
aku memang suka makan sayur, tapi anak2 pula payah benar nak makan
keturunan juga ada menyumbang..
BalasPadamjika ada salasilah kencing manis, kenalah berhati2
Sop pun sama.. hehehe
bukan org tua saja boleh dpt diabetes, bayi/kanak2 pun boleh... risau rasenye
BalasPadamhttp://ummihanie.com/contest-top-referral-iphone-5-gadget-impian-ummihanie-com/