Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat Tiba Menurut Islam

Hari ini Jumaat penghulu segala hari, tanggal 21-12-2012 menurut kalendar kaum Mayan, kononnya akan berlaku Hari Kiamat (Mayan Doomsday). Maka ramailah pihak yang mula panik dengan perkhabaran ini. Ada pihak di negara ini (link) menjadi panik sehingga mengisytiharkan beberapa sekolah bakal ditutup sebagai langkah berjaga-jaga kononnya.


Sebagai seorang muslim yang beragama islam kita wajib melihat tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam,  yakni suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar bakal berlakunya Hari Kiamat :
  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan Sangkakala pertama, kedua

NOTA : Sebagai seorang islam, kita wajib mempercayai tanda-tanda besar tersebut. Ada di antara tanda-tanda besar Hari Kiamat tersebut telahpun berlaku, cuma mungkin sebahagian kita tidak perasan. Tetapi seandainya tidak kesemua tanda-tanda besar tersebut berlaku, maka tidaklah akan berlaku Hari Kiamat lagi. Kita juga wajib mempercayai Hari Kiamat adalah rahsia Allah, dan Allah sahajalah yang mengetahuinya, wallahualam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 21, 2012

9 Komen:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara beroleh kesihatan yang baik..
    Hampir semua tanda-tanda kecil kiamat sudah berlaku dan tanda-tanda besarnya sudah ada. Apa yang menjadi utama kepada kita ialah bersedia untuk menghadapinya dengan ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangan~Nya

    BalasPadam
  2. Hari Kiamat hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. KIta sebagai insan, harus la berserah dan terus beribadat kepadaNya selagi mana masih bernyawa.

    BalasPadam
  3. Ya ALLAH, tempatkan kami dalam golongan hambaMu yang mendapat perlindungan...

    BalasPadam
  4. mmg kecoh dr berapa minggu lps psl kiamat ni...
    sebagai umat islam..kita mmg dah mengetahui tanda2 kecil dan besar kiamat...

    salam en.zul..
    moga sihat2 selalu disamping keluarga tersayang...

    BalasPadam
  5. Hanya Allah sahaja Yang Maha MengetahuiNya.

    BalasPadam
  6. salam
    mereka tutup sekolah pergi ke mana pula, bro?
    bila dah kiamat, memang tak boleh nyorok kat mana2 dah
    pelik betul cara mereka ni faham hal kiamat

    BalasPadam
  7. terima kasih atas pencerahan ni :)

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama23 Mac, 2013

    Kiamat..ialah hari pembalasan bukn sja org malaysia or org islam tpi seluruh galaksi...planet planet sling berlaga..wajarlah umt islam betaubat supaya allah dpt mnerima taubat kita ..mcm pepatah org putih....it is not easy but it is not difficult..maknanya bukan senang untuk kita menerima ari pemblasan dan x susah untuk kita menerimanya...jngn mudh terpedaya dngan ajran sesat nnti kita juga yg rugi ...bukak al quran ,bca dan fahami tentang isi kandungannya..insyaallah dengan petunjuk dlm al quran mudh untu k kita harungi....tq

    by mrs misteri

    BalasPadam
  9. saya mohon pencerahan utk 3 kali gempa bumi... adakah gempa bumi yg luar biasa pada sesetengah tempat atau gempa bumi yang sering berlaku sekarang...

    BalasPadam