Mengapa Wajib Membayar Zakat ?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Jenis Zakat
Syarat Wajib Zakat
- Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambil kira untuk zakat.
- Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
- Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
- Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas di pasaran).
- Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
- Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.
www.zakat.com.my
Terima berkongsi info dan ilmu yg sangat berguna utk rujukan kita semua.
BalasPadamZakat menyuburkan harta kita
Padamselamat menunaikan zakat :)
rajin berzakat juga akan membuatkan rezeki kita lebih murah..
BalasPadamSetuju sangat..yang penting
Padamtanggungjawab kita pada agama
dan masyarakat :)
terima kasih atas perkongsian :)
BalasPadamnak byr pun dah senang skrg..PPZ ada merata, online pun ada
2.5% pendapatam kita adalah untuk golongan asnaf
BalasPadamsalam
BalasPadamzakat membersihkan harta
Setuju zakat salah satu cara membersihkan harta. Sebagai orang islam sudah patut mengeluarkan bahagian untuk para asnaf jika layak dan cukup syarat.
Padam