Senarai Model Telefon Yang Mendapat Rebat RM200 Telefon Pintar Belia - Budget 2013

Rebat RM200  Telefon Pintar Untuk Belia Sempena Budget 2013

Sempena Budget 2013 yang diumumkan Perdana Menteri 28 September lalu, belia warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun kini boleh mula memohon rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G yang terpilih daripada peniaga-peniaga yang dicalonkan dan berdaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi. 

Permohonan bagi Pakej Komunikasi Belia (PKB), di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara ini boleh dibuat dengan mendaftar secara dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ bermula dari tarikh 1 Januari 2013. Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.

Berikut senarai model telefon pintar yang akan ditawarkan adalah:
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
Nota: Di atas adalah senarai model pada 26 Dis 2012 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web penyedia perkhidmatan.

Belia yang layak memperoleh rebat RM200 akan dapat membeli telefon pintar 3G daripada senarai yang ditawarkan yang berharga sehingga RM500 sahaja, hanya daripada peniaga yang terpilih dan ejen yang telah dilantik oleh pembekal perkhidmatan. 

Orang ramai perlu mencari logo "Pakej Komunikasi Belia" yang akan dipaparkan di kain rentang dan sepanduk di kedai-kedai tersebut. Mereka juga perlu menyemak laman web penyedia perkhidmatan untuk senarai telefon pintar dan pengedar yang mengambil bahagian.

Dengan rebat itu, mereka hanya perlu membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki telefon pintar 3G yang baharu. Idenya ialah untuk meluaskan insentif ini kepada mereka yang belum menggunakan telefon pintar 2G kepada telefon pintar 3G.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Disember 30, 2012

17 Komen:

  1. salam
    harap2 tak melibatkan mak ayah
    untuk membeli atau membayar bil internet
    hehe

    BalasPadam
  2. Koi x dapat rebet te :( kalau dapat boleh juga yak :)

    BalasPadam
  3. Dah beli karang, bil telefon macamana? kan nak kena ada broadband sekali baru dapat rebet RM200, tak berbaloi lar. :(

    BalasPadam
  4. Telefon Nokia Asha tidak kurang hebatnya dan bajet mampu beli.

    BalasPadam
  5. dah terlebih umur plak kalau tak boleh apply satu ni

    BalasPadam
  6. yelah...terlebih umur la pulak...huhuhu....kalau la boleh tukar dengan sapa2 yang layak tapi tak mau enjoy rebate ni..kan best...

    BalasPadam
  7. try cuba tak dpt la pulok hehehe

    BalasPadam
  8. hangat sungguh belian rebet kali ini.. habislah anl2 muda dg hp masing2

    BalasPadam
  9. kira bayar kurang dr RM300 dapat smart phone, memang untung. boleh tahan banyak juga pilihan

    BalasPadam
  10. KALO DAPAT SENARAI EJEN LAGI BAGUS COZ TAK SEMUA TEMPAT ADA NI YG JOIN PAKEJ NI...

    BalasPadam
  11. Aku dah dapat dah tp galaxy ace plus tambah 500 Je.....

    BalasPadam
  12. Aku dah dapat dah tp galaxy ace plus tambah 500 Je.....

    BalasPadam
  13. siketnye senarai jenis yg dpt rebat rm200..

    BalasPadam