Berita baik buat penggemar minuman kopi tegar kerana menurut kajian terbaru, dengan meminum sekurang-kurangnya empat cawan kopi sehari mampu mengurangkan risiko terkena penyakit kanser mulut sehingga 50 peratus disebabkan kesan perlindungan yang ada dalam kopi tersebut.
Penyelidik dari American Cancer Society di Atlanta berkata kesannya bukan disebabkan oleh kafien tetapi oleh beratus-ratus antioksida semulajadi lain yang ditemui dalam minuman tersebut. Penyelidik itu juga berkata, ia juga tidak mengira berapa kerap seseorang minum kopi atau mengambil minuman keras.
Menurut American Journal of Epidoemiology, keputusan kajian itu turut mengesahkan sebelum ini, kira-kira dua tahun lalu sekumpulan penyelidik lain juga turut mendakwa bahawa mengambil empat cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 39 peratus.
Sumber Daily Mail menyatakan, pengguna di Britain mengambil anggaran 70 juta cawan kopi setiap hari. Minuman popular berkenaan kini sudah terbukti dikaitkan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser usus, strok dan penyakit Alzheimer dan menjadikan ianya minuman popular di sana.
Bagaimanapun, terdapat juga kesan buruk jika pengambilan terlalu banyak kopi boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah manakala wanita hamil dinasihatkan mengehadkan pengambilan kopi kerana meminum kopi berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat bayi yang kecil. CBS News
hai bro Zulkbo,
BalasPadamkadang-kadang ada juga layan kopi ni, tapi memang jarang-jarang, hanya apabila mahu menghangatkan badan dan mengelakkan terlelap mata.
Nampaknya, saya ni kurang la kot risiko kena penyakit kanser mulut. Setiap hari minum kopi kat rumah ni.
BalasPadambagus info ni ... saya takut sangat minum kopi takut tentang kafien tu.
BalasPadamassalam, sekali sekala nak jugak minum kopi...
BalasPadamPernah terbaca yang kopi ni sebenarnya minuman mengikut sunnah Rasulullah SAW. Tak pasti tapi saya mmg suka minum kopi.
BalasPadamPatut-patutlah.. Jangan banyak sangat. Nanti memudaratkan diri pula..
BalasPadamSalam, Koi lama dah ninggalkan minum kopi nie
BalasPadamtak nehan nanggung sakit kepala weh...
best kalau musim hujan layan kopi panas ni....
BalasPadamminuman asasi kome hari2 ni
BalasPadamkome biasa layan kopi cap tabik keluaran dari kelantan... menang bestt wehh'
salam
BalasPadamsebaiknya bersederhana sahaja
penyakit pasti singgah bila berlebihan dalam apa hal juga pun
bagus. gua memang suka minum kopi.
BalasPadambetul tu..kalau terlebih ada juga kesan sampingannya..macam kes ibu saya, ada effect di mata..penglihatan jadi kabur..jumpa pakar, salah satu puncanya disebabkan sebelum tu suka minum kopi
BalasPadamSaya bukan peminum kopi yang tegar.
BalasPadamKak Long suka juga minum kopi walaupun bukan setiap hari.
BalasPadamSy juga peminum kopi yang tegar. Sampai dah addicted dengan kafein.
BalasPadamAssalam..
BalasPadamSekali-sekala minum kopi cicah biskut 4 segi sedap juga...
pak mertua saya sentiasa minum kopi pahit...kopi 2: gila 1...dia je boleh minum...