Menjelang Timbal Balik Thailand VS Malaysia AFF 2012 Suzuki Cup



"KENAPA perlu kami takut, Thailand bukanlah satu pasukan yang kuat pun," demikian reaksi penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali menjelang saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Supachalasai Bangkok, Khamis ini. Sinar Harian

Realiti nak takut buat apa kan? Saya setuju sangat dengan keyakinan yang diluahkan oleh ayam tambatan Harimau Malaya, Safee Sali ini. Jika ikut rekod sudah lama juga pasukan negara sukar menembusi gawang pasukan Thailand, sejak 2004 kalau tak silap saya. Tapi dalam perlawanan separuh akhir pertama 9 Disember lepas kita berjaya meledakkan satu gol hasil jaringan Mat Yo.

Jika separuh akhir pertama tempoh hari, sentuhan penyudah yang sukar dicari oleh Safee Sali. Separuh akhir kedua nanti, saya yakin pasukan Harimau Malaya akan berusaha keras menjaringkan sebanyak mungkin gol di laman lawan pada hari perlawanan tersebut dan ianya bukan omong kosong. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Malaysia kali ini pada kaki Safee Sali. Kita tunggu..
 
Perlawanan Separuh Akhir Kedua :
Lokasi: Stadium Supachalasai, Bangkok
Tarikh: Khamis, 13 Disember 2012

Live Streaming Online
Link 1 | Link 2
Link hanya aktif pada waktu yang di tetapkan, harap maklum.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Disember 12, 2012

18 Komen:

  1. Semmoga berjaya pasukan Harimau Malaya. Tinggi harapan rakyat malaysia kepada pasukan Malaysia ni.

    BalasPadam
  2. safee ni kita pakat tengok dia main cmane..
    hee all the best malaysia !

    BalasPadam
  3. Harimau Malaya perlu bekerja keras ni,apa-apa pun semoga Harimau Malaya berjaya nanti

    BalasPadam
  4. Memang kita tak perlu takut White Elephant tapi mesti tunjukkan kesungguhan utk menang bukan defensive aje. Perkembangan terbaru Harimau Malaya ada dengan saya.

    BalasPadam
  5. assalam, InsyaAllah kita menang.

    BalasPadam
  6. doakan supaya malaysia berjaya menundukkan thailand

    BalasPadam
  7. Selamanya... Selamanya... Selamanya harimau Malaya :)

    BalasPadam
  8. kita harap harimau akan mengaum dan menerkam tanpa belas ..

    BalasPadam
  9. salam
    setuju sangat
    buat apa nak takut

    yang penting, cuba yang terbaik untuk menang

    BalasPadam
  10. hello bro,
    mudah-mudahan pasukan Malaysia akan menang malam esok.

    BalasPadam
  11. Buat apa nak takut,kalau takut dari segi saikologi Msia dah kalah.Harap Msia menang malam ni nanti.

    BalasPadam
  12. nampaknya gajah lebih garang dari harimau...

    BalasPadam
  13. sayangnya, safee tak main dari awal..

    BalasPadam
  14. Ramai yang begitu kecewa dengan mutu pengadilan yang berat sebelah. Apa kan daya, kita kena terima hakikat kekalahan tersebut.

    BalasPadam