Satu pembaharuan menarik bakal dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan, apabila orang ramai boleh membuat laporan polis secara sistem dalam talian (online) melalui sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan dilancarkan awal tahun 2013.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, penggunaan sistem tersebut diperkenalkan seiring dengan kemajuan teknologi yang serba canggih sekarang serta dengan adanya kemudahan internet yang lebih pantas dan mudah digunakan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, penggunaan sistem tersebut diperkenalkan seiring dengan kemajuan teknologi yang serba canggih sekarang serta dengan adanya kemudahan internet yang lebih pantas dan mudah digunakan.
"Sistem laporan secara online ini kita wujudkan selaras dengan penggunaan internet yang kini semakin meluas penggunaannya oleh segenap lapisan masyarakat. Dengan adanya sistem laporan ini, orang ramai tidak perlu lagi untuk pergi ke balai polis sebaliknya boleh membuat laporan di mana-mana sahaja mereka berada. Langkah ini nanti akan lebih menjimatkan masa," Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Pada masa yang sama, mengulas lanjut mengenai sistem yang bakal dilaksanakan tersebut, Tan Sri Khalid memberitahu portal rasmi pelaksanaan sistem itu nanti dirangka dan dibangunkan oleh Unit Pemodenan tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). - UTUSAN
elok lah tu .... zaman telah berubah,
BalasPadamMolek gitu cepat dan pantas...
BalasPadambaru betul, selaras dgn kemajuan sekarang
BalasPadammaklumat dihujung jari :)
salam
BalasPadamsetuju dengan langkah ini
cuma tindakan yang perlu diambil juga mestilah cepat
bisa mempermudah semua ni kalau dah online begini
BalasPadamPerkembangan yang baik senang hendak membuat laporan polis dari rumah atau melalui tablet dan smartphone sahaja.
BalasPadam