Lagi Gambar Majlis Nikah Kahwin Khairul Fahmi Dan Nur Eilunie

 

Dengan sekali lafaz akad nikah,  Khairul Fahmi Che Mat atau Apex sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Abdul Ghani Abdul Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, di sini, kira-kira pukul 10 pagi hari  Jumaat.


Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari. Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Khairul Fahmi di Kampung Cherang,  bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.


Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Khairul Fahmi  pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style. Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 28, 2012

3 Komen:

  1. Tahniah Khairul dan pasangan
    barakallah :)

    BalasPadam
  2. tahniah untuk apex dan isteri
    moga2 sentiasa bahagia bersama rahmatNYA
    dan lebih cemerlang jaga gawang nanti
    hehe

    BalasPadam
  3. Tanniah buat mereka berdua.

    BalasPadam