Singapura menjuarai Piala AFF Suzuki 2012 buat kali keempat dengan menundukkan pasukan yang tidak pernah kalah dalam siri Piala AFF Suzuki 2012, Thailand menerusi agregat 3-2 sebentar tadi. Singapura mengatasi Thailand 3-1 ketika beraksi di Stadium Jalan Besar, Singapura Khamis lepas.
Dalam perlawanan akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Singapura tewas 0-1 kepada Thailand. Gol Thailand dijaringkan oleh Kirati pada minit ke-45. Bagaimanapun ianya tidak menghalang penyokong Singapura untuk bergembira meraikan kemenangan pasukan mereka menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali keempat.
Kelebihan jaringan gol Singapura agak sukar untuk Thailand merapatkan jaringan.
BalasPadamsalam
BalasPadampermainan mereka bagus tadi
memang puas hati tengok perlawanan atas padang rumput sebenar
Ternyata mereka hebat! Tahniah buat pasukan Singapura!
BalasPadamRezeki puak dia.. huhu~
BalasPadamtahniah kepada pertahanan singapore kerana kebal dari asakan yang dilakukan thailand
BalasPadam2 tahun lagi harap malaysia boleh menang
BalasPadammaaf ganggu...dah vote..harap sudi vote semula (peluangtercipta)..TQ
BalasPadammemang singapore terbaik untuk tahun ni. semoga Harimau Malaya bileh bersaing dgn Singa di lain masa
BalasPadam