Dalam Telinga Wanita Ini Ada 57 Ekor Ulat (Gambar)

Bayangkan dengan membayar US$ 10,000 sebulan untuk perkhidmatan rumah penjagaan dengan kejururawatan mahir untuk orang yang tersayang akan terjadi perkara yang tidak pernah terfikir. Inilah yang terjadi pada sebuah keluarga di Arlington Heights yang kini bertindak menyaman rumah penjagaan tersebut atas dasar kecuaian.

Catherine McCann, 92 tahun yang mengidap penyakit Alzheimer yang teruk dan tidak dapat bercakap mahupun menjaga dirinya sendiri. Walaupun beliau mendapat perkhidmatan yang mahal di rumah penjagaan orang tua, Lutheran Home di Arlington Heights, telinga kirinya didapati dipenuhi dengan ulat.



Perkara ini hanya disedari oleh suami wanita tua tersebut, John McCann yang datang melawatnya pada satu hari apabila Catherine dengan memberi isyarat tentang telinganya yang sakit. Suaminya melihat keadaan telinga isterinya yang agak meragukan lantas bertindak memanggil ambulan untuk menghantar isterinya di hospital.

Sesuatu yang memeranjatkan apabila doktor di Hospital Northwest Community menemui terdapat 57 ekor ulat berengga di dalam telinga Catherine yang berpunca dari lalat yang berjaya bertelur di dalam telinga wanita tersebut, sehingga menetas menjadi ulat. Satu perkara yang sukar dimaafkan oleh suami wanita tersebut lantas menyaman Lutheran Home.  CBS News



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Disember 06, 2012

13 Komen:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Allahu Akhbar, banyaknya patutlah sakit..

    BalasPadam
  2. memang patut saman pun ..lalai!..kesian orang tua tu...

    BalasPadam
  3. Adoi.. cam mana boleh biorkan lalat
    tu lepak2 kat dlm telinga tu :)

    BalasPadam
  4. mohon share boleh?

    BalasPadam
  5. Sedih dengar 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

    BalasPadam
  6. iyeeeekek....
    kesian nenek tu...

    BalasPadam
  7. mmg kes cuai ni..wajar disaman..

    BalasPadam
  8. salam
    macam mana la lalat tu sempat pulak bertelur kat dalam telinga

    BalasPadam
  9. paham2 je la kan orang tua mana perasan kot kalo lalat hinggap kat telinga...sempat telur lagi...memang patut tempat tu kena saman...bayar mahal...ada lalat terbukti tempat camtu kotor.

    BalasPadam
  10. pehh..saman habis je ni!

    BalasPadam
  11. kesiannya. Mesti sakit sangat. Alangkan masuk semut sekor pun kita dah tak tahan.

    BalasPadam
  12. kesiannya. Mesti sakit sangat. Alangkan masuk semut sekor pun kita dah tak tahan.

    BalasPadam