Antara 2 Fenomena : iPhone 5 Gadget Impian Dan Durian Crepe

Memang menjadi satu fenomena di alam siber negara kita bila blog Denaihati mengadakan contest yang bakal menghadiahkan Iphone 5 sebagai hadiah utama contest terkini beliau. Siapa yang tak kenal dengan Denaihati yang tak lokek memberi dan terus memberi buat pembaca blog beliau, sesuai dengan moto blog beliau 'Hidupkan Untuk Memberi'.

contest iphone5 300x250 Banner

Blog ini juga turut serta menyertai contest tersebut, walau saya sendiri hanya mencelah di kalangan pemain SEO yang hebat-hebat belaka. Tidak mengharapkan sebagai seorang pemenang pun, tapi kalau para juri contest memilih saya sebagai pemenang, sudah tentu saya akan terima juga iPhone 5 itu tanpa segan silu, he he.

Mengharapkan entri kita di klik G+ oleh blogger lain, memang tak terdayalah saya kalau bab ini. Saya agak kagum dengan kesungguhan blogger lain yang berusaha mendapatkan klik G+, sehingga beratus-ratus klik. Dengan klik G+ yang banyak itu, sudah tentu entri mereka akan mudah berada di carian hadapan Google (SERP).
Itu adalah teknik permainan SEO yang saya kenalpasti cuba diperkenalkan oleh blog Denaihati, betapa pentingnya fungsi butang G+ ini kepada carian enjin Google. Dengan klik butang G+ tersebut bermakna anda mencadangkan entri tersebut pada carian enjin Google, semakin banyak cadangan, semakin baik kedudukan entri tersebut di SERP.

Khabarnya kini widget Follower oleh Blogger bakal digantikan dengan widget Follower G+.  Anda kini sudah boleh mempamerkan bilangan follower blog anda melalui widget ini, dan penggunaan widget ini akan membantu anda mendapat Google Snippet. Tutorial memasukkan widget ini anda boleh dapatkan di blog blogger popular ini (KLIK).

Antara blogger yang mendapat banyak klik G+ dan berada di kedudukan teratas (SERP) Contest iPhone 5 tersebut, adalah entri blogger ini (KLIK) yang entrinya antara yang paling saya suka dan saya juga mencadangkan beliau menjadi pemenang dalam contest Denaihati kali ini.

Jika dalam contest iPhone 5 Gadget Impian, saya kurang bernasib baik hanya tersenarai antara halaman ke-5 SERP. Tetapi ada entri saya berkenaan satu lagi fenomena terkini di alam siber amat mengembirakan saya. Fenomena 'Durian Crepe' yang sentiasa dicari pembaca internet sentiasa menyumbang trafik harian ke blog saya.


Cuma kemusykilan saya ialah, walau kurang klik G+ entri ini ianya masih mendapat carian hadapan. Mungkin kerana keyword yang digunakan atau saya antara yang terawal menulis entri berkenaan Durian Crepe menjadikannya antara pilihan Google? Satu persoalan jua pada saya, mungkin hanya nasib sahaja?

Realitinya, bukan mudah bermain teknik SEO dan apa kemahuan sebenar Google selaku pendahulu carian enjin di dunia? Jika nasib anda baik, penulisan entri anda akan mendapat tempat di SERP dan menghasilkan ribuan trafik. Tetapi fungsi butang G+ dan keberkesanannya kepada SEO tetap saya akui.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Disember 04, 2012

23 Komen:

  1. resepi durian crepe memng menjadi wehh...

    BalasPadam
  2. Terima kasih zulkbo, krn linkkan ke blog saya, emm .. pasal durian crepe tu, memang diakui sedap. Saya pun baru je cuba minggu lepas. Memang sedap ! :D

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  3. saya pilih durian crepe...hehehe

    BalasPadam
  4. Terima kasih bro atas cadangan.moga adalah rezeki saya..hehe

    Saya pun kurang pasti faktor +1 tu...isteri saya buat post durian crepe tanpa ada +1 tapi pageviews hampir 12k seminggu sebab resepi tu lah

    BalasPadam
  5. durian crepe masing2 sedang mencari...
    musim durian murah katakan.. mesti ingin buat menu lg sedap.. hehehe

    lebih nak fokus pada seo evergreen.. hehehe

    BalasPadam
  6. durian crepe belum beli..tgk title je dah melelh air liur

    BalasPadam
  7. saya pilih Iphone 5 la hehe

    BalasPadam
  8. keyword durian crepe memang laku sekarang.hahaha. Widget G +1 baru pun HP dah pasang kat blog.

    BalasPadam
  9. Cabaran ke 3 Iphone 5 gadget impian sudah bermula. Selamat berjaya.

    BalasPadam
  10. Bijak bermain dengan teknik SEO ttp mengutungkan yak :)

    BalasPadam
  11. Keywords sedang hangat ni... :D Manfaatkan & eksploitsi potensinya.

    BalasPadam
  12. salam
    kedua2nya aku belum lihat dan pegang
    iphone 5 tu mahal
    durian crepe tu pula tak tahu mana nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. samo la dengan den...sebab nya pun lebih kurang sama...hehe

      Padam
  13. hello bro.. slmt mlm.

    semoga bro juga berjaya dalam contest ni. durian crepe hangat diperkatakan ketika ini.

    BalasPadam
  14. Semoga tuan berjaya dengan contest ni.

    BalasPadam
  15. Salam kenal...saya dari contest yang sama...semoga berjaya :)

    BalasPadam
  16. pehh..macam-macam sekarang ye. iphone 5 lah apalah. hoho..

    BalasPadam
  17. jangan putus asa ada banyak masa lagi.
    mungkin lepas pekena durian crepe, naikan semangat kot

    BalasPadam
  18. durian crepe kata kunci tengah panas skang ni...gudluck for contest ni bro...:)

    BalasPadam
  19. alamak.. durian crepe memang menjadi kegilaan orang kita skrg..
    sodap tapi malas pula nak buat coz aku sorg je kat umah mkn durian.. hik3

    BalasPadam
  20. Durian Crepe mmg keyword panas google skg bro...mungkin la ni dh slow sikit....btw, resepi durian crepe tu yg koi rasa org dok cari....robot google ni kdg2 penin gak....mana nak tau yg baik dan yg black bila bab2 seo...:)


    #Jap lg koi undi aok.....

    BalasPadam
  21. Ramai yang membicarakan contes iPhone 5 Gadget Impian anjuran DH, bukan hanya di Malaysia di Indonesia pun heboh dengan contes ini. banyak sekali blog Indonesia yg ingin ikut contes ini tapi waktu pendaftarannya sudah ditutup. Ada 5 Blog Indonesia yang ikut contes anjuran denaihati. sukses untuk contes anda. salam kenal.

    BalasPadam