Dah lama saya tak menulis tentang perkara peribadi dalam blog ini. Tapi ada kalanya memang tak ada idea nak menulis, kena pula bila internet telah sampai ke penghujung talian hayatnya (data dah habis). Dalam keadaan internet yang merangkak-rangkak saya gagahkan juga kemaskini blog saya untuk hari ini.
Ada satu punca utama menyebabkan saya kehilangan data yang banyak dalam penggunaan internet bulan ini, adalah kerana kesilapan saya sendiri. Semuanya berpunca dari 'game internet' yang saya 'download' dalam iPad 2, di mana penggunaannya tanpa saya sendiri sedari.
Anak lelaki saya yang tidak tahu permainan tersebut adalah aplikasi internet telah 'explored game' tersebut dengan gembiranya tanpa pengetahuan saya..he he. Maka kini saya dan Umie beliau terpaksalah bersabar menanti data baru tiba menjelang 28 haribulan nanti.
Aktiviti hari minggu kali ini (kebetulan saya bercuti), bermula dengan menghadiri majlis harijadi anak rakan isteri saya yang diadakan di sebuah restoran ayam goreng segera di Ampang. Memang agak meriah juga kehadiran tetamu yang datang, terutama kanak-kanak.
Aktiviti kedua sebelah petang dengan menukar ampaian rumah yang telah berkarat dan patah ke ampaian baru 'stainless steel' yang saya beli di sebuah kedai menjual perabot di Ampang juga. Berpeluh jugalah nak menukarnya, dan inilah hasil yang saya dapat kerana nak menjimatkan upah pasang RM20.
Ampaian besi tanpa karat 'stainless steel'.
kalau boleh pasang senddiri eloklah pasang sendiri. ia dpt menjimatkan kos dan kita pon puashati dengan hasil kerja kita. betul tak?
BalasPadamBetul tu Bro..
Padamselain aktiviti riadah diri
dapat juga berpeluh-peluh..he he
Untuk ampaian yang bro Zulkbo perlu pasang mounting yang heavy duty seperti yang digunakan untuk memasang antena cakera Astro.
BalasPadamSaya tiap-tiap bulan data wireless broadband selalu sahaja habis sudah 2 kali naik taraf pakej. :-)
Memang mounting yang heavy duty yang
Padamdisediakan Bro..agak dalam juga nak kena
koreknya..nasib baik gerudi lama saya
tu boleh guna lagi..he he
salam
BalasPadammoleh sangat pasang sendiri
lagi pun tak la susah sangat, kan
tahniah dan selamat menyidai kain
[dah seminggu lebih hujan kat kelantan ni]
huhu
wah, rajinnya pasang sendiri. hehe..
BalasPadamnampaknya bro kena pakai streamyx yg unlimited. baru tal berebut dan kehabisan data setiap bulan.
BalasPadamfuhh..aku pakai kayu aje wat ampaian dalam bilik. main ikat-ikat aje. haha..
BalasPadamAmpaian macam ni menjimatkan ruang. Buat sendiri dpt jimat wang
BalasPadam