Bila datang tarikh 1 Disember setiap tahun, yang selalu orang akan ingat ialah bulan di mana banyaknya kenduri kahwin diadakan seluruh negara. Musim orang kenduri kendara la secara amnya kan? Saya sendiri pun mendapat beberapa undangan ke majlis perkahwinan pada bulan Disember ini.
Selain dari tamatnya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempohari, bulan Disember menjadi bulan untuk adik-adik yang tamat menduduki SPM untuk bercuti panjang sementara menunggu keputusan SPM nanti. Maka adalah yang mula mencari kerja sambilan di mana-mana untuk mengisi pengalaman.
Bulan Disember agak sinonim dengan saya kerana ramai di kalangan adik beradik saya malah keluarga sebelah isteri saya menyambut hari lahir mereka pada bulan ini, termasuklah saya. 1 Disember adalah tarikh awal saya menghirup udara di alam dunia yang fana ini.
Terima kasih pada yang menyumbang kek harijadi yang disambut serentak dengan kakak ipar saya. Terima kasih pada ucapan tahniah dari rakan di Facebook dan SMS. Terima kasih juga kepada bonda yang melahirkan saya dan tak lupa ayahanda yang bersusah payah membesarkan saya.
1 Disember tahun ini juga menjadi tarikh penting kepada Pasukan Harimau Malaya kerana malam ini mereka akan bertemu dengan lawan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki tahun 2010, Indonesia. Lawan yang bukan sembarangan kerana dendam lama akan menjadi pertaruhannya malam ini.
Perlawanan yang penting buat kedua pasukan kerana hanya kemenangan sahaja yang menjamin mereka untuk ke pusingan seterusnya, separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Berbekalkan sokongan padu kedua pasukan, saya pasti perlawanan malam ini begitu mendebarkan ibarat perlawanan akhir.
Anda boleh saksikan siaran langsung perlawanan Malaysia VS Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam nanti. Tetapi jika tidak berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil, anda boleh
saksikan siaran secara langsung di TV 1, hari Sabtu, 1 Disember 2012.
Jika anda ingin melayari secara Online Live Streaming, bolehlah melayari pautan (klik) ini.
Selamat hari jadi daripda kami untuk anda dan sekeliannya. Semoga segalanya diberkatiNYA jua amin.
BalasPadamselamat hari lahir...
BalasPadamSelamat menyambut hari lahir bro dan kak ipar.:-)
BalasPadamSelamat hari jadi bro...semoga panjang umur dan murah rezeki...amin...
BalasPadamHello zulkbo,
BalasPadamselamat menyambut hari jadi bro!... boleh buat parti sekali mlm ni jika Malaysia menang hehe
assalam, selamat hari lahir.
BalasPadamselamat hari lahir empunya blog zulkbo .. semoga murah rezeki dan sihat sentiasa amin ~
BalasPadamtahniah kpd zulkbo & selamat hari jadi semoga dirahmati dan diberkati Allah, tahniah juga kpd harimau malaya menang 2-0 dgn indonesia
BalasPadammmg penting 1 disember ni..hari yg brsejarah utk harimau malaya..
BalasPadamالسلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya dengan izin~Nya..
Moga usia saudara Allah berkati dan rahmati..aamiin
Selamat hari jadi bro.... :) semoga panjang umur.... tahniah kepada Malaysia juga berjaya ke peringkat akhir...
BalasPadamsaalam
BalasPadamselamat hari lahir, bro
moga sentiasa bahagia dengan rahmatNYa
hepi belated bezday bro kita sama bulan
BalasPadamAssalamu'alaikum Zul
BalasPadamSemoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa diberkati Allah dalam meniti usia.
bulan disember adalah bulan aku bersuka ria. hoho..
BalasPadam