Untuk Mu Palestine : La Tahzan!


Salam takziah kepada saudara mara pejuang-pejuang Islam kita di Palestin. Buat yang terkorban akibat serangan peluru berpandu Israel yang tidak mengenal manusia, semoga Allah tempatkan mereka di kalangan para syuhada Allah di syurga.

Kekejaman Israel semakin menyerlah setelah mereka menyerang Gaza pada ketika umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah.  Seperti yang kita ketahui, faktor Palestine ingin keluar dari PBB menjadikan Israel bertindak sebegitu.

Antara sebabnya, berkemungkinan Palestine akan mengisytiharkan mereka sebuah negara merdeka walaupun berada di luar naungan PBB. Kerana setakat ini PBB dilihat  tidak menyumbang langsung ke arah kemerdekaan negara Palestine yang merdeka.



Untuk Mu Palestine : La Tahzan
Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
SUMBER
NOTA: La Tahzan bermaksud: Janganlah bersedih (dont be sad), saya ingin memanjangkan satu sumber SMS hari ini : Pemimpin Hizbullah, Syed Hasan Nasrallah meminta semua muslim seluruh dunia untuk membacakan surah Al-Baqarah ayat 26-27 dan surah Yunus ayat 85-88 pada malam ini, Terima Kasih.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, November 18, 2012

15 Komen:

  1. Salam semua..
    jika anda menyokong perjuangan Palestine..
    sila LIKE FB, Tweet dan Shared artikel ini,terima kasih!

    BalasPadam
  2. Bersamalah kita berdoa semoga Allah memberi perlindungan, kebaikan dan kekuatan kepada seluruh umat islam didunia ini amin.

    BalasPadam
  3. semoga kita di jauhi oleh perasaan benci membenci sesama manusia..

    BalasPadam
  4. semoga Allah melindungi rakyat palestin

    BalasPadam
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara sihat hendaknya di sana..
    Ya Allah, turunkanlah bantuan buat saudara-saudara kami di sana, limpahkan rahmat kasihan belas~Mu kepada mereka...aamiin

    BalasPadam
  6. Semoga Allah melindungai saudara-saudara kita di sana. Hanya doa yang mampu kita panjatkan untuk mereka.

    BalasPadam
  7. Sampai bila saudara kita akan menjadi mangsa kerakusan binatang2 itu

    Hanya doa kita dari kejauhan..biasanya ada kebanyakan masjid buat solat hajat..bolehla join

    BalasPadam
  8. salam
    kemenangan pastinya berpihak pada yang benar

    BalasPadam
  9. semoga Allah lindungi saudara2 kita disana dan hancurkan israel yg zalim

    BalasPadam
  10. Doa orang-orang yang teraniaya suatu hari kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin akan mendapat pembalasan.

    BalasPadam
  11. kami sentiasa doakan hapuskan israel, doakan sedara kita yang hidup serta yang meninggal....

    BalasPadam
  12. assalam tuan.masalah kita bkn umat islam.ttp pemimpin2 yg mengepalai negara2 umat islam.mereka inilah yg memustahilkan misi2 penyelamatan/jihad membantu umat islam yg ditindas.ramai je umat islam gred a yg sanggup.ttp ruang tiada.jd sekiranya umat islam masih redho dgn pimpinan mereka.selagi itulah drama air mata ini tiada kesudahan.(tuan mesti dpt mengagak siapa sy)

    BalasPadam
  13. Takbir.... moga Allah membantu perjuang umat islam di Gaza
    in Shaa Allah

    BalasPadam
  14. Ya Allah semoga peperangan ini lekas usai agar warga Palestina bisa hidup tentram dan merdeka seperti dulu

    BalasPadam