Cuti persekolahan akhir tahun 2012 telah bermula dan sesi persekolahan tahun 2013 bakal datang tidak lama lagi. Blog ini menyediakan Takwim Persekolahan (KPM) Seluruh Malaysia Tahun 2013 sebagai panduan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar di seluruh negara.
Seperti biasa, sesi persekolahan di Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan melibatkan antara 3 buah negeri dan 11 buah negeri lainnya. Pada tahun 2013, sejumlah 205 hari persekolahan termasuk cuti am dan jumlah cuti penggal tahun 2013 pula sebanyak 84 hari.
KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.
KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
NOTA: Selamat memulakan sesi awal tahun persekolahan 2013 buat semua pihak yang terlibat termasuklah para ibu bapa. Penyediaan kelengkapan persekolahan lebih awal, eloklah dilakukan dari sekarang kerana jika membeli di saat akhir berkemungkinan kenaikan harga barangan. Saya sendiri suka membeli siap-siap segala kelengkapan persekolahan anak-anak sebelum merancang bercuti pulang ke kampung. Sedikit sebanyak tidaklah terkocoh-kocoh apabila telah tiba sesi persekolahan awal tahun 2013 nanti.
Bagus ni.. Boleh dibuat rujukan untuk merancang aktiviti tahun hadapan! :)
BalasPadamAssalam..Persediaan awal memang terbaik.
BalasPadambr teringat ciktom pn dlm draft nak share jadual ni..tak terpublish2 lg..hee
BalasPadamBoleh buat persediaan awal kelengkapan bersekolah anak-anak untuk tahun 2013. Ada jadual Takwim ini boleh merancang percutiaan keluarga.
BalasPadamassalam, cuti-cuti jugak...persiapan persekolahan jgn lupa?
BalasPadamTerima kasih diatas perkongsian mudah nak menyemaknya yak :)
BalasPadamsemoga berguna untuk ibubapa dan pelajar... terima kasih bro sudi berkongsi.
BalasPadam