Sekarang ini semua orang macam dah demam dengan Durian Crepe. Buka Facebook je, semua orang bercerita tentang snek terbaru ini. Saya sendiri baru semalam merasa menjamahnya, itupun pemberian seorang jiran membalas hidangan yang isteri saya hantar ke rumahnya sebelum itu.
Tak ada yang berminat pun nak jamah Durian Crepe ini mulanya, kerana keluarga saya bukanlah penggemar durian, cuma saya seorang sahaja. Bila saya mula cuba 1 biji Durian Crepe ini, sampai tak boleh nak berhenti pula, sampai habis saya seorang je yang makan.
Bila saya buat carian di Google, bukannya susah sangat pun nak buat snek ini rupanya. Orang lelaki yang jarang ke dapur pun saya pasti boleh membuatnya. Di sini saya sertakan resepi yang saya dapat di sini (KLIK) dan gambar sumber Google cara membuat Durian Crepe.
BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT ( 30 biji)
- 250gm tepung gandum
- 2 biji telur
- 500ml santan
- 1/2 sudu teh garam
- Pewarna (ikut suka nak warna apa, yang selalu orang buat warna hijau atau kuning telur)
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
- 1 cawan Non Dairy Whipping Creme
- Isi durian yang telah dilenyek
CARA- CARA MEMBUAT DURIAN CREPE
Campur semua bahan-bahan untuk membuat kulit Durian Crepe ini, kemudian blender dan tapis.
Panaskan kuali non-stik pan dengan api yang kecil. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. Tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Pukul Non Dairy Whipping Creme sehingga sebati. Kalau tak faham macam mana nak buat, boleh ke LINK ini.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream.
Akhir sekali lipat dan simpan di dalam peti sejuk. Telah sedia untuk dimakan, yum..yum.
Menarik ni. Boleh dicuba :) Tentu sedap!
BalasPadamBoleh lah cuba Bro
Padammudah je membuatnya :)
Wah ni resepi yg dicari2
BalasPadamterima kasih sifu :)
Tak payah jauh cari dah..
Padamada kat sini je wehh..
selamat mencuba..tunggu
je kisah aok nanti..he he
Owh, ni rupanya durian crepe ni.
BalasPadamSblm ni pernah dgr, org kata jadi trend kat Malaysia. Haha
wah.. sedap
BalasPadamx sangka bro zul pun hebat masak :)
Harus cuba ni
BalasPadamdurian baru gugur ni..
BalasPadamalamak.. sodap tuh.. boleh buat weekend nih.. hik3
BalasPadamwah adakah ini makanan terbaru di tanah air, kawan belum lagi berkesempatan mencubanya
BalasPadamsedap Zul...seolah nak buat ..hehehe
BalasPadamSalam hebat nampaknya tak pernah makan lagi :)
BalasPadamblog Zulkbo dah jadi blog resepi plak nie... :)
BalasPadamMy recent post : Ole-ole dari Bandung, Khas untuk Blogger
Musim durian kembali lagi. Molek sangat untuk menghasilkan durian crepe ini.
BalasPadammenarik!! ciktom nk trylah resepi ni nanti..
BalasPadammenyelerakan betul, terima kasih sudi berkongsi resepi kuih durian crepa :)
BalasPadamdtg nak salin resepi..tq.. hee ;)
BalasPadammane nak dpt non dairy whipping creme
BalasPadamresepi yg best nie..lapar trOs..
BalasPadamhihi...
mesti ramai orang cari resepi ni kann..
BalasPadamHa..ha..kena la menangguk
Padamikan time musimnya Cikgu
resepi dah ada tinggal nak pratikkan saja
BalasPadamwhipping creme 2 yg susu dlm kotak n then kn kacau smpai kembang 2 ye....
BalasPadammaaf saya pun tak pernah buat lagi..
Padamanda boleh ke Link yang saya sertakan,
cara membuat whipping creme tu..sebaiknya
beli je yang dah siap di pasaraya macam
ising cake tu :)
nampak sedap sangat, macam ketayap pun ada gak kulitnyer yer..tapi bunda tak makan durian..
BalasPadamskrg dah ada jual online...
BalasPadamkeren
BalasPadammantap
BalasPadamsalam kenal
BalasPadamtips yang bagus
BalasPadam