Lagi berita baik buat peneroka Felda dan ahli keluarga mereka apabila pengeluar kereta nasional, Perodua memperkenalkan satu skim promosi khas bagi peneroka Felda sebagai sebahagian daripada pakej khusus kereta nasional bagi keperluan permotoran para peneroka Felda.
Pakej Perodua 'Salam 1Felda' bermula dari 10 November 2012 sehingga 30 April 2013 itu termasuk, pemberian rebat potongan harga sehingga RM2,000, baucar servis kenderaan sehingga 50 peratus bagi tempoh dua tahun dan satu insurans kemalangan peribadi bernilai RM20,000 (tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain).
Bagi melayakkan untuk mendapat skim promosi itu, seseorang peneroka Felda perlu menunjukkan kad pengenalannya, slip pembayaran Felda dan surat pengesahan. Skim ini juga terbuka kepada selain peneroka, asalkan mereka boleh menunjukkan dokumen yang diperlukan;
1-Pasangan peneroka
2-Adik beradik peneroka
3-Anak-anak peneroka
4-Anak angkat peneroka
Untuk meningkatkan sambutan promosi itu, Perodua akan menggerakkan satu promosi jualan dan selepas jualan ke 14 tanah rancangan dalam tempoh tiga bulan akan datang bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai program itu.
Promosi selepas jualan semasa lawatan itu akan termasuk diskaun bagi minyak enjin dan alat ganti kereta Perodua serta pemeriksaan percuma 30 perkara bagi peneroka yang memiliki kereta Perodua di tanah rancangan Felda terpilih.
Kini terdapat sejumlah 304 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Berdasarkan kemas kini terbaru laman web Felda yang mutakhir pada 21 Mac, 2012, terdapat kira-kira 113,000 peneroka Felda di seluruh negara. Sumber: PERODUA

wah!
BalasPadamtarget warga FELDA pula... :)
Bijak juga Perodua dengan teknik pemasaran mensasarkan warga Felda. Proton tidak berminat ker?
BalasPadamassalam, untung jadi peneroka ni...
BalasPadammmg ramai sales target warga felda..msing2 ada kebun 10 ekar tu..hehe
BalasPadamutk sedare felda x de ke :)
BalasPadamMmg untung siapa yang berkait dgn felda nie... rugi pulak koi tak masuk felda dulu2 :)
BalasPadampeh. untung orang felda ek.
BalasPadamsalam nk tanya..bayaran ansuran tu bayar bulan2 ke bukan??n beli kete kena buat loan ke??
BalasPadamW_Salam..
Padamsetahu saya kalau kita loan dah tentu kena
bayar bulan-bulan la :) tapi kalau ada duit
nak bayar cash pun boleh..sudah tentu :)