Seorang wanita Kenya telah menamakan bayi kembarnya sempena nama Presiden Amerika Syarikat (AS) penggal baru, Barack Obama dan calon Presiden yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden ke-57, Mitt Romney.
Akhbar Standard melaporkan, wanita bangsa Kenya itu, Millicent Owuor, 20, telah melahirkan bayi lelaki kembar terbabit di sebuah hospital di Siaya pada hari yang sama Obama memenangi pilihan raya tersebut, kelmarin.
Hospital berkenaan terletak berdekatan dengan Kagelo yang merupakan kampung nenek moyang kepada bapa Obama dan nenek Presiden Amerika Syarikat tersebut, Sarah Obama yang kini masih tinggal di negara Afrika Timur itu. REUTERS
NOTA: Pengaruh negara Amerika terhadap dunia hari ini, macam-macam ragam kan? Perlukah kita merasa gembira dengan kemenangan Obama buat penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat? Apa yang menariknya? Saya suka membaca pandangan bekas Mufti Negeri Perlis di blog beliau berkenaan dengan kemenangan Obama kali ini.
“Alif, Laam, Miim. Rome telah dikalahkan -Di bumi (tempat peperangan)
yang paling rendah; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan dapat
mengalahkan (menang kembali). Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun.
Kepada Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan
sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu,
orang-orang yang beriman akan bergembira”. (Surah ar-Rum 1-4). terus membaca di SINI
Nama bayi ini akan diingat selalu.
BalasPadammacam2 diorang ni....
BalasPadamPublisiti je nih... hehehe
BalasPadamdgn mudah dapat tarikan media.. heheh
dah takde idea nak pilih namo anak la tuh...hehe
BalasPadampublisiti murah kot..hehee
BalasPadamMungkin mengharapkan kehebatannya nnt sebab letak nama org yang hebat kut....
BalasPadammungkin dia mahu anaknya boleh jadi spt mereka tu
BalasPadam