Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ini kita akan cuba mengenal berkenaan pakaian istiadat rasmi yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, dalam beberapa acara rasmi yang dihadiri Baginda.
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negeri Muskat (sekarang dikenali sebagai Oman) iaitu sebuah negara islam yang berhampiran dengan negara Iran. Muskat telah menjadi pakaian rasmi Pegawai-pegawai di Negeri Kedah.
Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu samasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu (wool) yang berwarna hitam pekat dan dijahit beserta dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuhnya hingga ke paras peha dan berlengan panjang tanpa butang.
Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersama dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan sewaktu Perasmian Sesi Penggal Persidangan Parlimen.SUMBER
hmmm tak tau la pulak namanya selama ni :)
BalasPadamErmm..kan dah tahu sekarang!
Padamhe he..ilmu juga ni wehh :)
Salam Zul, Ingat macam baju melayu biasa aje :)
BalasPadamTak sama juga Yassin..
Padampotongan macam jacket
cuma tak de butang :)
pehh..lawa gak tu..
BalasPadambaru tau namanya muskat...nice info..tq
BalasPadamAda melihat muskat ini ketika mengunjungi Pameran Raja Kita di istana lama.
BalasPadamBaru tau tentang baju YDP Agong ni... Nice info bro.
BalasPadam