Memang mudah zaman sekarang ini, hanya di hujung jari anda sahaja sudah boleh mendapat kemudahan sebegini. Berbanding dengan zaman saya menduduki peperiksaan SPM tahun 1988 dahulu, terlalu jauh bezanya dengan sekarang.
Buat anak-anak semua yang bakal menduduki peperiksaan ini nanti, harapan saya telah bersedia dengan ilmu yang telah dipelajari sepanjang belajar di sekolah sejak dari Tingkatan 1 sehingga hari kertas soalan dikeluarkan.
Saya pasti, semuanya telah ada dalam otak pelajar semua, dan masa yang suntuk ini sepatutnya dihabiskan dengan mencari ketenangan menanti hari peperiksaan bermula. Kalau disumbat lagi dengan mentelaah buku, saya pasti susah dah nak masuk.
Silap hari bulan boleh jadi 'blur' masa kertas soalan diedarkan di meja peperiksaan. Jangan lupa berdoa dengan Allah, restu kedua ibu-bapa juga perlu sebelum pergi berjuang di medan peperiksaan nanti. Selamat menjawab dan semoga berjaya.
Bagi yang bakal menduduki peperiksaan SPM, semoga berjaya.
BalasPadamDifahamkan jadual peperiksaan SPM agak panjang.
BalasPadamMemang panjang
Padamsampai ke bulan
Disember nanti
mudahan bakal2 SPM 2012 dapat buat yg terbaik..kejayaaan mereka, pencapaian guru2 jua
BalasPadamsemoga maju jaya buat mereka yg akan mengambil SPM
BalasPadamassalam, anak nak periksa...ibubapa yang risau...InsyaAllah semuanya berjaya..
BalasPadamMoge berjaye...
BalasPadamjadual pon sama penting gak ngn stdy..kang stdy salah paper lak..hehe
BalasPadamSelamat maju jaya kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM nanti,fuhh terkenang memori SPM 2001
BalasPadam