Jom Kenali Parkia Speciosa : Petai ?

Apa dia Parkia Speciosa ni? Lebih dikenali sebagai petai oleh kita, tetapi turut mendapat gelaran dalam English dengan nama 'bitter bean', 'twisted cluster bean', atau 'stink bean', adalah tumbuhan Genus Parkia dalam keluarga Fabaceae.

Petai amat popular sebagai bahan masakan di Malaysia, Indonesia, Singapura, Laos, selatan Thailand, Burma, dan timur laut India. Ianya dijual dalam bentuk tandan yang kita kenali sebagai 'papan' atau yang telah dikupas dan dijual dalam beg plastik.


Petai terkenal berbau kuat dan busuk, ditemui dalam buah panjang rata tergantung dari batang, dituai dari pokok-pokok yang tinggi dan rendang. Ianya sering dijumpai tumbuh meliar di kampung-kampung atau di luar bandar. Malah kini, sudah ada yang mengusahakan tanaman petai secara kormesial.


Isi petai yang berwarna hijau berkilat yang menyerupai isi badam telah memperolehi reputasi yang terkenal dengan bau yang amat kuat, dan digambarkan oleh sesetengah orang yang tidak menggemarinya sebagai sama dengan bau gas asli.

Petai di negara kita kini dimakan semua bangsa dan selalunya digabungkan dengan bahan-bahan rencah yang berperisa kuat lain seperti bawang putih, cili lada, udang kering atau belacan, contoh dalam menghasilkan sambal petai.

Sewaktu muda, buahnya rata kerana benih (isi petai) belum berkembang, dan tergantung seperti sekumpulan reben sedikit berpintal, hijau pucat, hampir lutsinar. Pada peringkat ini petai selalunya dimakan mentah sebagai ulaman, digoreng atau dibuat jeruk.

Petai telah memperoleh nama samaran 'stink bean' oleh 'mat saleh' kerana baunya yang kuat setelah anda memakannya dan bau itu masih wujud di dalam mulut dan badan badan anda walau ketika anda membuang air selepas dua hari memakannya.

Seperti asparagus, petai mengandungi asid amino yang menghasilkan bau busuk air kencing seseorang, walau sehingga dua hari selepas memakannya. Seperti kekacang lain, karbohidrat kompleksnya juga boleh menghasilkan gas busuk (kentut) yang kuat dan kurang menyenangkan.

Sumber: Wikipedia


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, November 12, 2012

8 Komen:

  1. saya suka makan petai..sedap!

    tahniah blog bro dah PR3.. bila lah blog saya tu naik PR3 hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Malaysia memang sukakan
      petai ni..tapi mat saleh sakit
      hati dengan petai..he he..

      alhamdulillah PR3 menaikkan
      semangat berblogging Bro..
      next updated Google dapatlah
      blog anda nanti :)

      Padam
  2. kalau x tulis nama petai kat hujung tajuk
    sampai le ni x tau nama saintifik petai ni

    BalasPadam
  3. Favourite nih. Cuma tak tahan adalah baunya.

    BalasPadam
  4. Kalau dibuat sambal udang bersama petai, memang meleleh. Ataupun tempoyak. Fuh.. Terus lapar dibuatnya.

    BalasPadam
  5. Buat sambal petai masak tempoyak mmg terangkat :)

    BalasPadam
  6. petai memang sedap maa!

    BalasPadam
  7. ciktom xsuka mkn petai..hee

    BalasPadam