Gambar Belut Gergasi Berjaya Ditangkap Pemancing

Seorang pemancing, Andy Parker berjaya menangkap seekor belut seberat 43 kilogram di perairan Britain semalam. Dia berhempas-pulas berjuang selama 40 minit untuk menarik naik haiwan itu menggunakan pengail ketika memancing kira-kira 35 batu di perairan Torquay, di Devon, England.

“Ia bagaikan satu perlawanan tinju. Ia adalah belut terbesar yang saya pernah lihat apalagi menangkapnya. Kami seolah-olah tidak percaya dengan saiznya, dan ianya kelihatan seperti seekor makhluk dasar laut dalam filem seram,” Andy Parker

Parker dan rakannya akhirnya berjaya menaikkan haiwan berukuran 17 kaki itu dan merakam hasil tangkapannya itu sebelum melepaskan ianya semula ke laut. Belut tersebut akhirnya dikenal pasti sebagai spesis belut laut gergasi, 'Conger Eel'.

Rekod belut terbesar sebelum ini pernah ditangkap di perairan Britain adalah seberat mencecah sehingga 60 kilogram, yang ditangkap oleh Vic Evans pada tahun 1996 di perairan Brixham, Devon. Tidak dilaporkan apa terjadi pada belut tersebut? SUMBER: news.softpedia.com



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 16, 2012

11 Komen:

  1. Perghhh!!! Cukup besar tu! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belut laut bukan ke semuanya
      ber"letrik"? Nasib baik tak
      kena letrik..he he

      Padam
    2. rasanya tidak..mungkin ikut spesisnya..

      Padam
  2. amboi. besar gila belut tu. makan pun tak habis tu.

    BalasPadam
  3. hisss macam ikan malong jeee

    BalasPadam
  4. uih...bapok besornye....

    BalasPadam
  5. buat gulai makan satu kampung...

    BalasPadam
  6. Puas membuat kuah laksa nie :)

    BalasPadam
  7. Memang besar belut yang berjaya ditumpaskan. Berbaloi hasil pancing pada hari tersebut. :-)

    BalasPadam
  8. salam
    cukup untuk makan setahun bagi penggemar belut
    hehe

    BalasPadam