Femina Channel : Its All About Women

Saya tertarik dengan satu berita di mStar berkenaan pelancaran sebuah saluran televisyen (TV) khas untuk kaum wanita iaitu Femina Channel (FC) yang boleh ditonton selewat-lewatnya Februari tahun depan secara percuma. Saluran TV wanita itu telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam.

Saya jangka bukan golongan wanita sahaja yang boleh menontonnya, sudah pasti golongan Adam juga perlu menontonnya agar mengetahui apa kemahuan, permasalahan dan info semasa berkenaan kaum Hawa yang boleh dikongsi bersama buat pasangan yang telah berumahtangga seperti saya.


FC dibangunkan dan dimiliki oleh Panomax (M) Sdn Bhd. dan menurut pengarah urusan Panomax, Mohd. Johari Mohd Noor, idea menubuhkan saluran tersebut muncul apabila melihat negara Malaysia masih lagi belum memiliki saluran khas yang menyajikan program khusus untuk wanita mengikut tema sesuai seperti dokumentari, filem cereka, drama, realiti dan berita.

"FC sedang dalam persediaan menerbitkan pengisian kreatif program-program TV terbitan tempatan. Setakat ini kami sudah pun mengumpulkan pengisian program untuk bekalan selama enam hingga lapan bulan. Pihak kami turut membeli beberapa program dari negara luar seperti Indonesia, Jepun dan Australia,"- Mohd. Johari

Menurut sumber itu lagi, FC akan menggunakan satelit MEASAT, yang akan memancarkan saluran tersebut melalui MEASAT 3A Global Beam ke platform pelbagai rangkaian TV yang sedia ada di negara ini. Ia sekali gus dapat ditonton di beberapa negara Asia termasuklah Indonesia, Brunei, Singapura, Arab Saudi, Qatar dan Emeriyah Arab Bersatu.


NOTA: Saya memang suka sangat dengan siaran tv percuma memandangkan saya bukanlah pelanggan saluran tv berbayar seperti Astro mahupun saluran lain yang seangkatan dengannya. Setakat ini, di rumah saya sudah boleh menonton TV1, TV2, TV3, ntv7, TV9, 8TV dan yang terbaru siaran yang mendapat tempat di hati keluarga saya adalah TV Al-Hijrah. Sesuatu yang percuma kenalah kita menghargainya. Tak sabar juga nanti nak tengok apa pengisian yang ada dalam Femina Channel, jadi bersamalah kita tunggu penyiarannya nanti.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 24, 2012

10 Komen:

  1. market wanita sgt tinggi
    harap byk manfaat utk wanita. siaran lelaki x dee? hehehe

    BalasPadam
  2. Wah.. mesti ada bayk soap opera tangkap leleh dalam siaran..

    BalasPadam
  3. owh channel baru plak...harap ianya siaran lebih bermanfaat dari sebelumnya...:-)

    BalasPadam
  4. hello bro,
    tentu wanita-wanita akan bertambah sibuk selepas ini hehe

    BalasPadam
  5. assalam, semoga memberi manafaat kpd semua wanita...

    BalasPadam
  6. Harap banyok le gunenye nanti yek

    BalasPadam
  7. Semoga bermanfaat untuk kaum hawa.
    Kaum adam boleh tumpang sekaki :)

    BalasPadam
  8. channel yg bagus...smoga memberi manfaat kpd semua..

    BalasPadam
  9. Harap saluran ini memberi manfaat kepada golongan wanita khususnya.

    BalasPadam
  10. makin banyak pilihan untuk menjadi hiburan dan informasi, pilih yang mana ya?

    BalasPadam