Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita Sebagai Suami


Dalam mencari pasangan hidup, setiap lelaki inginkan yang terbaik dari pasangan wanitanya.  Jika anda lelaki mampu memilih, begitu juga wanita di luar sana sedang tercari-cari calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup mereka. Selain faktor lelaki yang beriman dan beramal soleh, pasti ada beberapa kriteria lain yang di cari-cari setiap wanita.

Sudah pasti kriteria tertentu yang lain sering didambakan oleh golongan hawa ini terhadap mereka yang layak digelar bakal bapa kepada anak-anak yang bakal dikandungnya nanti. Berumahtangga bukan untuk sehari dua, tetapi semua mengharapkan ianya berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Berkerjaya tetap

Kerjaya lelaki adalah asas utama wanita memilih anda. Lebih tinggi kerjaya, pendapatan dan masa depan yang konsisten, lebih bernilai anda di mata wanita. Jangan cepat mengalah jika tidak mendapat pendapatan tinggi sebaliknya usahakan segala kudrat kerana anda sememangnya dilahirkan sebagai khalifah untuk memimpin wanita.

Berfikiran matang

Wanita tidak suka lelaki yang tidak mampu memberi buah fikiran terbaik saat mereka memerlukan anda. Dalam hal ini anda harus matang, bermakna anda perlu mempunyai pengetahuan luas khususnya dalam perkara membuat suatu keputusan. Sikap keanak-anakan juga boleh dikategorikan sebagai tidak matang, apalagi kerana hal yang kecil diperbesarkan.

Mampu selesaikan pelbagai masalah

Masalah memang menyerabutkan fikiran tetapi lelaki berkualiti mampu menyelesaikan dan mendepani masalah dan menanganinya dengan sangat bijak. Lari daripada masalah bukan cara penyelesaian, sebaliknya bagaimana anda menanganinya membuatkan kualiti anda di mata wanita sangat tinggi. Amat bersesuaian kerana lelaki dilabel sebagai nakhoda dalam rumahtangga.

Urus masa dengan baik

Ramai lelaki tidak mampu mengurus masanya sendiri. Banyak masa dibuang begitu sahaja dengan melepak, borak kosong, mengganggu di jalanan dan sebagainya. Aktiviti merempit adalah lambang seorang lelaki yang suka membuang masa. Ia adalah satu tindakan kurang bijak. Agar anda dilihat berkualiti di mata wanita, maka sikap dan perlakuan ini perlulah dibuang jauh.

Setia

Anda mungkin sering mendengar lelaki golongan yang sukar setia dan bermata keranjang. Namun untuk memilih yang terbaik dalam hidup, seterusnya masa depan anda yang masih panjang (perkahwinan, anak-anak dan hari tua), kesetiaan amat perlu. Tiada wanita yang sukakan hidup bermadu dengan berkongsi suami. Banyak rumah tangga runtuh dan puncanya kerana lelaki tidak setia pada pasangan.

Tidak ganas

Lelaki sering dikaitkan dengan sikap panas baran. Namun memukul wanita adalah perkara yang tidak boleh anda lakukan. Kalau tangan dan kaki sudah naik ke tubuh, alamatnya hubungan anda tidak akan kekal lama, kerana sekali akan ada dua dan seterusnya perlakuan ganas itu. Maka belajarnya menjadi seorang yang penyabar.

NOTA KECIL: Isteri saya tersenyum sinis melihat saya menulis artikel ini yang karangan asalnya saya ambil dari Majalah Wanita. Yang pasti beliau bersyukur mempunyai suami saadanya saya kini :)


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 27, 2012

13 Komen:

  1. thank you sebab berkongsi k..
    bagus topik ni..sebagai lelaki..mencuba akan ke arah itu.. :)

    BalasPadam
  2. Hai bro Zulkbo,
    Ciri-ciri di atas perlu sekali selain mempunyai iman yang teguh..

    BalasPadam
  3. Assalam..tq berkongsi info...sebagai lelaki yang bernama suami kadangkalanya tiada keupayaan untuk memahami siisteri walau benda yang remeh sekali pun, pada awal perkahwinan sahaja buah kemanisan itu subur bertangkai-tangkai..tapi masa seperti merubah segalanya...ibarat habis madu sepah dibuang...pendapat dari Ummimanje ^^

    BalasPadam
  4. Apa yang disenaraikan adalah lelaki ideal. Bukannya tidak ada tetapi sukar untuk mendapat lelaki perfect 10.

    BalasPadam
  5. Begitulah kehidupan ini semuanya mengharapkan
    kebaikan namun tidak semua mampu kita miliki.

    BalasPadam
  6. Kecil betul nota kecil tu... Lelaki idaman ni atau wanita idaman ni, bolehlah dijadikan impian, tetapi apabila sudah bertemu pasangan, perlulah saling bertolak-ansur.

    BalasPadam
  7. Yang tersenarai tu memanglah idaman, tapi yang ada depan mata sy di rumah adalah lelaki dambaan .. hehe. :D

    BalasPadam
  8. assalam, mmg calon suami yg sempurna.

    BalasPadam
  9. semua ciri di atas Sop ada.. hahaha

    BalasPadam
  10. Memanglah kalau bolh nak yg terbaik saja. Tp takdirlh yg menentukannya.
    Bila dh kahwin, baik atau buruk telan je.
    Hehe....

    BalasPadam
  11. salam
    harap2 aku juga menjadi lelaki idaman wanita
    hehe

    BalasPadam