Carian Terhangat Disember Gambar Kahwin Apex Dan Leuniey

Dalam dunia maya ini, orang akan paling suka tengok gambar perkahwinan golongan artis, selebriti popular dalam dan luar negara. Maka carian yang paling banyak sekali orang akan Google adalah melalui Google Images. Ada satu majlis perkahwinan yang ditunggu-tunggu ramai pihak termasuk saya adalah berkenaan pasangan ini.

Media Hiburan  melalui berita sensasinya menyatakan bahawa penjaga gawang gol popular, Khairul Fahmi Che Mat, 22 tahun,  atau lebih mesra dengan panggilan Apex, akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Disember ini dengan gadis pilihan hati beliau, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan nama Leuniey, 21 tahun.

 
Gambar pra perkahwinan Apex dan Leuniey ehsan OhBulan

Apex yang mengakui hubungannya bersama Leuniey kini semakin serius, walau di awal gosip kisah cinta mereka dulu, Leuniey menafikannya. Dikhabarkan juga pasangan ini tidak akan mengadakan majlis pertunangan sebaliknya akan bernikah terus. Menurut sumber itu lagi, persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut kini sedang rancak dibuat.


Kedua-dua pasangan ini yang berasal dari Kelantan khabarnya bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi pada 28 Disember 2012. Manakala, majlis persandingan akan diadakan untuk sebelah perempuan bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan.

Manakala pihak sebelah lelaki pula, majlis persandingan dirancang akan diadakan di rumah Apex iaitu di Kampung Chenang, pada jam 1 tengahari bertemakan ala-kampung. Saya pasti, majlis pernikahan beserta dengan majlis persandingan  ini akan meriah dan bakal menjadi 'Wedding Of The Year 2012'.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 23, 2012

6 Komen:

  1. Hebat dengan misi pertahankan piala Suzuki dan pada sama persiapan untuk perkahwinan.

    BalasPadam
  2. salam
    moga2 mereka kekal bahagia selamanya

    BalasPadam
  3. Salam,

    untung pasangan mereka ditaja perkahwinan dari pelbagai pihak....semoga mereka kekal bahagia...

    BalasPadam
  4. tahniah pd apek..smoga perkahwinan yg bakal dilgskan berkekalan ke akhir hayat.

    BalasPadam
  5. patutlah ramai orang cerita kisah ni kat blogg..

    BalasPadam
  6. tahniah..smoga berkekalan hingga ke akhir nya amin.....

    BalasPadam