Bank Negara Malaysia (BNM) pada baru-baru ini mengeluarkan wang kertas siri baru berdenominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Selain dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, dua di antara denominasi wang RM1 dan RM5 adalah dihasilkan dari substrat polimer.
Dalam usaha menambah kualiti wang berkenaan, pengendalian dan penjagaan wang polimer adalah berbeza dengan wang kertas yang lain. Bagaimanapun, kebaikan wang polimer memang telah terbukti antara ciri-ciri matawang terbaik yang pernah di hasilkan. Antara ciri-ciri wang polimer yang anda patut tahu;
- Tidak serap cecair.
- Tidak mudah koyak dan tahan lama.
- Tidak mudah kotor dan lebih bersih dari bakteria.
- Tidak mudah dipalsukan.
Berikut adalah panduan panjagaan wang kertas polimer yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan jangka hayat wang kertas keluaran ke-4 Malaysia ini agar tahan lebih lama:
- Disimpan secara mendatar di dalam beg duit.
- Wang polimer sepatutnya tidak dilipat berulang kali kerana ianya akan meninggalkan kesan lipatan yang berkekalan.
- Wang polimer yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan sabun dan air sejuk.
- Gunakan gelung kertas untuk membungkus wang polimer.
- Tidak boleh terdedah pada suhu yang tinggi dan panas melampau (jangan sesekali saterika wang polimer !).
- Elakkan penggunaan dawai kokot pada wang polimer kerana lubang yang di hasilkan kekal dan akan menyebabkan wang polimer mudah koyak.
NOTA: Penulis agak kagum dengan cara orang barat mengendalikan wang kertas mereka bila berurusan. Belum pernah terjumpa di antara mereka yang melipat matawang kertas mereka. Yang kerapkali saya jumpa, ramai di antara mereka akan menggulung wang-wang kertas menggunakan getah gulung, selain wang yang di simpan cantik secara mendatar dalam beg duit tanpa ada kesan lipatan.
menarik wang kertas baru ni... setiap pembaharuan mesti akan jadi lebih baik... namun kekurangan tetap ada...
BalasPadamMy recent post : #8 Idea Menulis Blog
Wang kertas baru ini lebih tahan.
BalasPadamx der masalah musim hujan dah.. hehhe
BalasPadamcuma mudah koyak Sop tgk :)
Masalah duit polimer RM5 lama tu nape mudoh benor terkoyaknya yak....
BalasPadambagus ni. jarang ada info pasal penjagaan wang kertas
BalasPadambiasanya selalu simpan mendatar dalam dompet. klu belah dua masih boleh gam lagi
BalasPadambro, jom teka benda di blog aku mana tau dapat top up percuma hehe [sekadar memeriahkan suasana]link# http://berita-harian.net/
BalasPadamduit baru ni kadang2 melekat. dah banyak kali asyik terbayar lebih sebab duit melekat.. tak perasan..
BalasPadamkalo us die guna gentian kapas.. :)
BalasPadamDari dulu dan selamanya..
Padammaintain je bahan yang sama
apa rahsia agaknya ye..?
kapas+linen kalau tak silap
saya lah :)
kelebihan tahan lama..tp duit ni nipis +edge dia tajam skit..so jari ciktom pernah beberapa kali luka kena tepi duit ni..pastu xbest nak simpan dlm tabung sbb xboleh lipat..hehe...
BalasPadam