Kini, hampir setiap hari kita mendengar atau membaca dalam akhbar tentang kejadian rogol yang berlaku dalam negara kita. Kemungkinan ianya akan berlaku dengan berakhir dengan kematian mangsa rogol tersebut, contoh di bakar dan sebagainya, ada juga di kalangan mangsa rogol yang masih hidup.
Antara yang menjadi mangsa rogol, terdapat juga berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur yang dirogol oleh manusia yang saya ibaratkan lebih kejam dari haiwan. Sudah pasti peristiwa itu akan menjadi igauan ngeri mahupun trauma seumur hidup mereka.
Kita mungkin tidak mampu menghalang niat penjenayah melakukan jenayah ini, tetapi kita boleh sentiasa berwaspada dengan mempelajari sedikit sebanyak cara dan panduan untuk mengelak kejadian rogol berlaku di kalangan kita.
- Cara-Cara Mengelak Dari Kejadian Rogol:
1·Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau dikenali sebagai kurang upaya supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
2·Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
3·Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
4·Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas pergaulan.
5·Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
6·Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri kepada individu tertentu.
7·Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik atau rumah mereka.
8·Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
9·Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil., jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
10·Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan. Begitu juga penyembur lada hitam 'pepper spray' yang ada terjual.
11·Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
12·Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
13·Ketika hendak gunakan kenderaan awam contoh bas, pastikan ada penumpang wanita lain di dalam kenderaan tersebut, terutama bila lewat malam.
- Mengatasi Ancaman Rogol:
1·Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
2·Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang. Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
3·Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
4·Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
5·Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.Sumber: PDRM
walaupun banyak cara untuk elak dan mengatasi rogol, tapi tetap ada jugak berlaku kes rogol.. kenapa ek?
BalasPadamSusah nak cakap tu Bro..
Padamterlalu banyak imaginasi
pelaku rogol nih..tak boleh
nak kontrol nafsu gamaknya
bukan kenal usia.. buat hawa takut gerun walaupun kemana2
BalasPadamdunia modean nak rogol org dh tak kira tempat hu... nafsu mmg tak kenal usia sesorang..
BalasPadamKesian kepada kanak-kanak menjadi mangsa rogol kerana mereka ini tidak mempunyai kudrat untuk menentang perogol.
BalasPadamassalam, kena sentiasa peka dan bersedia dengan sebarang ancaman...
BalasPadamharap dijauhkan dari segala napsu dunia
BalasPadamOrang perempuan kalo nak selamat,pakai cawat besi...hahaha
BalasPadamthanks kongsi info dan panduan macam ni. saya percaya ramai wanita di luar sana kadang-kadang cuai dan mengabaikan keselamatan diri sendiri. ingatan untuk diri sendiri jugak.
BalasPadamsalam
BalasPadampaling sedih bila haruan makan anak
nak baca berita pun rasa tak sampai hati
payah nak tau siapa yg bernafsu binatang ni
BalasPadamyg kena waspada setiap masa...
kadang tak boleh salahkan perogol tu .. silap mangsa tu jugak .. mungkin dari segi pakaian atau perlakuan mereka sendiri yang mengancam keselamatan ..
BalasPadamBeri hukuman paling berat buat perogol...insyaallah jenayah ni pasti berkurangan kot.
BalasPadamPelaburan keselamatan adalah berbayar dan belilah keselamatan diri itu dengan kesedaran. Berapakah harga kesedaran? Lebih mahal dan tiada nilainya untuk dihargakan. Mampukah anda menilakannya?
BalasPadamMasyarakat kita ni masih kurang kesedaran