Pada pagi Rabu minggu lepas, Terry V. Garner, seorang petani berusia 70 tahun dari Oregon, pergi untuk memberi makan kepada haiwan ternakannya. Beberapa jam kemudian, apabila beliau tidak kembali, ahli keluarganya menyusul untuk mencari beliau dan mendapati gigi palsu beliau berada atas tanah dalam kandang babi tersebut.
Siasatan lanjut kemudiannya menjadi mimpi ngeri oleh ahli keluarganya apabila mendapati babi, yang kebanyakan besarnya sehingga mencecah berat 700 paun, sudah hampir sepenuhnya memakan mayat petani tersebut walaupun beberapa bahagian badan manusia bertaburan di tengah kandang.
Siasatan lanjut kemudiannya menjadi mimpi ngeri oleh ahli keluarganya apabila mendapati babi, yang kebanyakan besarnya sehingga mencecah berat 700 paun, sudah hampir sepenuhnya memakan mayat petani tersebut walaupun beberapa bahagian badan manusia bertaburan di tengah kandang.
Menurut pejabat Coos County Sheriff, terdapat beberapa senario yang sedang disiasat, termasuk bahawa mendiang Garner mengalami serangan jantung dan rebah, yang kemudian meletakkan beliau dalam kedudukan di mana babi tersebut yang sedang kelaparan menganggap mayat tersebut adalah makanan.
Satu lagi senario yang sedang disiasat kemungkinan satu atau lebih daripada babi menyerang Garner sehingga jatuh, membunuh dan memakan mayat beliau. Spekulasi tersebut ditambah oleh kenyataan ahli keluarga Garner bahawa sebelum ini sekurang-kurangnya satu daripada babi tersebut pernah menjadi agresif dan menyerang ke arah petani tersebut.
Tidak pula dinyatakan berapa banyak bilangan babi besar yang turut dikenali sebagai 'Hogs' ini tinggal di kandang ladang milik keluarga Garner tersebut. Bagaimanapun pihak polis turut menyiasat dalam pelbagai sudut termasuk, adakah ini juga berpunca dari perbuatan khianat.
Pakar patologi juga tidak dapat untuk menentukan bagaimana lelaki itu meninggal dunia. Seorang ahli antropologi forensik di Universiti Oregon juga bakal memeriksa mayat beliau kemudian. Ini bukan kali pertama babi telah memakan petani pernah dilaporkan media.
Pakar patologi juga tidak dapat untuk menentukan bagaimana lelaki itu meninggal dunia. Seorang ahli antropologi forensik di Universiti Oregon juga bakal memeriksa mayat beliau kemudian. Ini bukan kali pertama babi telah memakan petani pernah dilaporkan media.
Pada tahun 2004, seorang wanita Romania diserang dan tidak sedarkan diri sebelum dimakan telinga dan separuh mukanya oleh babi di ladang beliau, menurut sumber UPI. Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada wanita itu terselamat atau meninggal dunia kemudiannya. SUMBER
Meremang bulu roma bila baca artikel ni, tapi kalau babi yang besar tu, tak mustahil dia boleh makan, sebab dah babi ni memang jenis makan semua benda termasuk sampah
BalasPadamtu yg Allah haramkan binatang ni byk sgt keburukkannya :)
BalasPadambetul...setiap yang diharamkan pasti ada sebabnya
PadamMenakutkan... ish!
BalasPadamTakut mendengarnya. Nasib baiklah masalah babi hutan liar dikawasan perumahan saya sudah diselesaikan. Rujuk pautan: http://bit.ly/SndS6d
BalasPadamBabi dah lapar nyer bahan aje bender yang ada yak....
BalasPadamx sangka, babi pun makan org.. iks iks
BalasPadamassalam, bahaya tu...saiznya pun agak menakutkan
BalasPadammungkin sbb terlalu lapar agknya..
BalasPadamBinatang nama babi ni semua benda dia makan..tak kira la bersih ke kotor ke..salah satu sebab ianya haram untuk kita makan babi.
BalasPadamEntri terbaru Wordless Wednesday : 1Malaysia
Kalah babi tunggal nih...ngeri nengoknya...beso ya amat...hehehe
BalasPadamNgerinya!
BalasPadamsalam
BalasPadamhingga begitu sekali bahayanya babi ni
kasihan sekali senjata makan tuan
BalasPadam