Dalam percutian kali ini, saya memilih untuk memandu sendiri bersama keluarga ke Lumut, Perak. Bertolak dari Ampang seawal jam 8.30 pagi, saya menggunakan Lebuhraya Rawang-Kuala Selangor (LATAR), sebuah lebuhraya baru bermula dari Rawang dan berakhir sehingga ke Ijok sebelum menggunakan Jalan Persekutuan bermula dari Kuala Selangor ke Lumut, Perak.
Indahnya pemandangan sawah padi di Tanjung Karang, Selangor. Agak berlainan dengan bendang sawah padi yang saya biasa tengok di Kedah apabila saya pulang ke utara.
Tempat persinggahan terakhir kami sekeluarga di Hutan Melintang, Perak sebelum meneruskan perjalanan ke Lumut. Jangan terkejut, bil minyak kereta yang saya isi hanya RM21++ sejak saya isi minyak terakhir di MRR2, Ampang.
Tiba di jeti feri Lumut selepas memakir kereta di parkir berbayar di sana. Kami sekeluarga terus mendapat feri yang sedia menunggu jam 11.45 pagi dengan bayaran RM25 sekeluarga untuk tiket pergi dan balik. Agak peramah kakitangan di jeti tersebut menyambut pelancong tiba di tempat mereka.
Sukanya budak-budak dua beradik ini naik feri! Seumur hidup mereka inilah kali pertama naik feri ke pulau. Saya sendiri pun rasanya baru 2 kali naik feri, he he. Itupun kali terakhir adalah feri ke Pulau Pinang yang agak klasik ferinya.
Antara gambar yang saya sempat memorikan ketika di dalam feri ke Pulau Pangkor tersebut ialah, bot-bot nelayan laut dalam yang dalam perjalanan pergi menangkap ikan. Agaknya bila nelayan ini akan kembali pulang ke rumah ye?
Tiba di jeti Pulau Pangkor, masih berkira-kira nak sewa kereta pandu sendiri atau hanya mengambil teksi menuju ke hotel penginapan. Ramai juga yang menawarkan harga kereta sewa dengan harga yang berpatutan dan murah di jeti ini.
Akhirnya saya memilih untuk menggunakan teksi sahaja kerana badan agak penat untuk memandu lagi. Lagipun, saya kurang arif laluan di sana, takut tersesat pula nanti. Kami sekeluarga akhirnya tiba di hotel sekitar jam 12.30 petang, masa yang tepat untuk 'check in' di hotel dan berehat sebelum mencari makan tengahari di Pulau Pangkor. AKAN BERSAMBUNG..
selamat bercuti bro...
BalasPadamCuti cuti malaysia
BalasPadamSalam zul, meriah gayanya yak...
BalasPadamSeronok bercuti di pulau Pangkor bersama keluarga.
BalasPadamsalam - bagus N3 ni...hrp dpt beri panduan utk sy ke sana...
BalasPadamhotel/chalet dh siap booking ke? terjamin selamat & ok ke parking kereta kat Lumut tu
W_salam..
Padamhotel kena booking awal sebaiknya..
lagi awal selalunya ada discount,
kereta tu setakat ini saya dan rakan
yang pernah parking di sana, selamat
insyaallah,tak ada apa-apa yang tidak
baik berlaku :)
assalam, seronoknya bercuti bersama keluarga...tunggu gambar2 seterusnya.
BalasPadamsalam
BalasPadamselamat bercuti, bro
rasa teringin pula nak ikut bercuti
hehe
saya pula tidak pernah lagi naik feri! Feri yang ada di Kota Kinabalu ni cuma feri untuk ke Labuan saja.
BalasPadamada lagi info ke pulau pangkor ? tengah merancang untuk ke pulau pangkor , teringin nak tahu zulkbo tinggal di mana ?
BalasPadammaaf saya tak habiskan entri ni sebab macam
Padambanyak sangat pulak yang peribadinya..he he..
saya tinggal sekitar Ampang Selangor je :)