Kebaikan Dan Khasiat Herba Daun Pasli ( Parsley)


Ada setengah orang mungkin pernah tersalah mengambil daun pasli (parsley) di pasaraya apabila hendak membuat sup. Saya sendiri pernah tersilap dan bila dah sampai rumah baru perasan. Cara memilih antara kedua daun tersebut anda perlulah mematah sedikit daun atau batang dan menciumnya. Bauan daun pasli agak kurang dari bau daun sup.

Tapi tahukah anda akan kebaikan dan khasiat daun pasli ini? Daun pasli ini antara herba yang paling popular di negara barat berbanding daun sup. Ianya banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pasta dan spagetti  serta sebagai hiasan masakan-masakan mereka. Dalam kata lain, kalau tanpa daun pasli ini, tidaklah lengkap resepi masakan tersebut.

Dua sudu besar pengambilan daun pasli segar akan memberikan lebih daripada 150 peratus keperluan harian anda untuk vitamin K, yang memainkan peranan penting dalam pengaliran darah anda. Sebab itu ramai yang mengatakan daun pasli amat sesuai untuk orang yang mengidap penyakit buah pinggang, terutama bab mencuci kotoran darah.

Amat baik juga untuk pembentukan tulang yang betul, dan membantu fungsi hati. Satu manfaat sampingan makan daun pasli segar adalah, sumber klorofil di dalamnya yang membantu menewaskan bau herba yang akan menyegarkan nafas anda kerana setengah orang agak kurang senang dengan bauan herba. 

Sumber: Yahoo Health


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 08, 2012

20 Komen:

  1. :D Dulu pun selalu keliru antara daun parsley dan daun sup. Sekarang dah tahu nak bezakannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha..terkena juga dulu ye?
      sama lah kita..pengalaman mendewasakan :)

      Padam
    2. yela..bentuknya seakan2..

      Padam
  2. Salam zul, belum pernah terkena mau juga tersilap nie....

    BalasPadam
  3. mirip sekali dengan daun sup .. tapi kalau betul daun parsley, takan ade jual jugak kat pasaraya? salam kenal .. :)

    BalasPadam
  4. x berapa suka daun sbb baunya tu hehhe

    BalasPadam
  5. assalam, ingatkan duan sup tadi...tq atas info

    BalasPadam
  6. Ada farmaseutikal jadikan daun Pasli ini didalam bentuk pil sebagai makanan tambahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betapa berkhasiatnya daun pasli ini
      di kalangan orang barat, sampai buat
      pil dan kapsul ye..? ala kapsul tongkat
      ali kalau di negara kita la..huhu

      Padam
  7. haha..setakat ni dah 2 kali terkena..masalahnya kdg² daun sup kat market pun kurang baunya

    BalasPadam
  8. salam
    aku memang tak kenal antara keduanya
    tahu makan je apa yag dihidangkan

    BalasPadam
  9. isteri saya juga pernah sound sekali sebab tersalah beli ketika mahu membeli daun sup. Tersenyum sendiri membaca entrri ni.

    BalasPadam
  10. sangat bermanfaat sekali, terimakasih yaa

    BalasPadam
  11. ternyata banyak sekali manfaatnya, terimakasih untuk informasinya :D

    BalasPadam
  12. Daun pasli ni dipanggil daun ketumbar ka? Yg baunya macam bau lipas...?
    Daun sup tu dipanggil daun saderi kan?
    Tolong perbetulkan klu sy salah...
    Tqvm

    BalasPadam