Jika anda telah bosan dengan minyak rantai basikal yang selalu mengotorkan seluar anda dan menjadikannya compang-camping, kini anda telah bertemu penyelesaiannya. Mando, sebuah syarikat auto dari Korea Selatan telah mencipta basikal bebas rantai, berkuasa eletrik dan boleh dilipat.
Digelar 'Footloose', e-basikal ini menggunakan sistem yang menukar dari kayuhan pedal basikal ke kuasa elektrik yang dijana tenaga manusia. Tenaga elektrik yang dijana kemudiannya disimpan dalam bateri litium-ion untuk memberi kuasa motor. Jika dicas sepenuhnya, bateri berupaya menjana motor sejauh 18.6 kilometer.
Digelar 'Footloose', e-basikal ini menggunakan sistem yang menukar dari kayuhan pedal basikal ke kuasa elektrik yang dijana tenaga manusia. Tenaga elektrik yang dijana kemudiannya disimpan dalam bateri litium-ion untuk memberi kuasa motor. Jika dicas sepenuhnya, bateri berupaya menjana motor sejauh 18.6 kilometer.
Tetapi bagaimana pula sewaktu mendaki bukit menggunakan kuasa motor basikal ini? Jangan risau, kerana basikal ini mempunyai penukar gear automatik untuk menyesuaikan kuasa motornya seperti yang anda perlukan sewaktu mendaki bukit.
Bagaimana ia akan memberitahu anda jika terdapat sebarang masalah? Terdapat papan pemuka mudah alih yang menunjukkan keseluruhan sistem untuk sebarang masalah anda. Ianya akan menunjukkan tahap kelajuan anda, jarak, dan tenaga elektrik yang dijana.
Hanya seberat kira-kira 20 kg, kesemua teknologi bersepadu di dalam bingkai basikal. Footloose, boleh dilipat ke saiz mudah untuk disimpan dan menjimatkan ruang. Basikal ini belum dijual lagi, tetapi jika anda berada di Eropah tahun depan, anda mungkin boleh mendapatkan sebuah. MANDO
mesti mahal harga dia kalau dah masuk pasaran Malaysia
BalasPadamMemang cool la basikal ni! :D
BalasPadamTeringin nak gi kerja naik beskal....tapi dgn suasana pemanduan Malaysia yg teruk ni, terus batalkan hajat tu....
BalasPadamassalam, mmg hebat la...
BalasPadamleh tahan beratnya...huhu
BalasPadamhuh menarik ni
BalasPadambila masuk pasaran mesia agaknya ni...
Selalunya basikal seperti ini bila masuk pasaran akan mahal harganya.
BalasPadamAssalam..
BalasPadamMIL saya ada guna basikal bateri tu.nk kayuh pun boleh juga.boleh pi jauh 30km.sebijik macam skuter.harga dlm lebih kurang rm1500 gitu.saya dah try,best jugak.
salam
BalasPadambasikal boleh lipat ni
senang nak angkut dengan kenderaan
entah berapa la harganya
bagus untuk mengurangkan kesesakkan jalanraya.
BalasPadamagak-agak bila sampai malaysia?
Berapa ni? Nak beli kat mana? RM?
BalasPadam