Pemberian pusingan kedua BR1M (BR1M 2.0) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September lepas. Ianya dijangka memberi manfaat kepada lebih 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dan melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.
Penerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar semula manakala penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah, perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.
Pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian (online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di :
1-Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
2-Jabatan Pembangunan Persekutuan
3-Jabatan Kebajikan Masyarakat
4-Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
5-Dimuat turun melalui laman www.hasil.gov.my
Antara kriteria penerima BR1M 2.0 yang layak memohon bantuan RM500:
- Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa.
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon. Sumber:BERNAMA
NOTA: Bantuan tunai RM250 pula layak dipohon oleh individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya), tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah. Jadi buat semua, selamat memohon pada yang layak dan semoga berjaya.
Borang ni percuma sahaja, harapan tak adalah yang ambil kesempatan menipu dengan cuba menjual borang ini nanti :)
BalasPadamyela..ade pihak yg ambil kesempatan pula..
PadamHarap-harap mcm tu la, ;)
BalasPadamKepada yang layak bolehlah mula memohon.
BalasPadamwah, mohon mohon cepat
BalasPadamkena bagi habis ni sebelum PRU13 ni
BalasPadamAda chan dapat utk kali ke 2 gamaknya koi nie yak :)
BalasPadamTahniah Yassin..
Padamgunalah sebaiknya :)
nak cuba mohon juga lah
BalasPadamtq for sharing, hari ni dah mula edaran
BalasPadamtarikh akhir permohonan bila? siapa tahu
BalasPadam