Borang (BR1M 2.0) Bantuan Rakyat 1Malaysia Kali Kedua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 tempohari berkata, pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Kali Kedua (BR1M 2.0) kali ini masih melibatkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan di bawah RM3,000. Maka ramailah yang tertanya-tanya, mana nak dapatkan borang BR1M 2.0 ini?

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata borang untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia pusingan kedua (BR1M 2.0) dijangka akan diedarkan pada bulan ini. Kerajaan akan membuat pengumuman tersebut dalam tempoh seminggu atau dua minggu: Sumber dipetik Bernama.
 
Borang BR1M versi lama

Selain itu, golongan bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 juga layak untuk menerima bantuan kali ini, tetapi bayaran sebanyak RM250 sahaja. Bantuan BR1M 2.0 kali ini dijangka akan memberi manfaat kepada seramai RM4.3 juta isirumah dan juga seramai 2.7 juta warga bujang  melibatkan peruntukan RM3 bilion.

Sejumlah RM1.8 bilion diperuntukkan untuk skim BR1M sebelum ini dianggarkan seramai 3.4 juta isi rumah, dan kemudiannya telah ditambah kepada lebih RM2 bilion menjadi 4 juta isi rumah seluruh Malaysia. Harapan, dengan bantuan kali ini nanti, boleh membantu golongan sasar yang benar-benar memerlukan bantuan, bukan tiris di mana-mana.

NOTA : Kerajaan telah mengumumkan siapa yang layak memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia pusingan kedua (BR1M 2.0) ini dan di mana hendak mendapatkan borang permohonan tersebut. Anda semua boleh melayari LINK ini, selamat memohon dan semoga berjaya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Oktober 02, 2012

18 Komen:

  1. Bagi yang layak boleh tuntut apabila borang permohonan akan dikeluarkan.

    BalasPadam
  2. nak try mintak la pulak ni nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mintak jangan tak mintak weh..
      kalau dapat, ambik je..duit
      kita juga tu :)

      Padam
  3. Bajet yang tidak cerdik langsung...PM (juga Menteri Kewangan) takut utk hadir masa debat belanjawan: http://www.youtube.com/watch?v=ZVQ1sFuDXIc&feature=autoplay&list=ULt9YtfLU-gzI&playnext=2 dan http://www.youtube.com/watch?v=t9YtfLU-gzI&feature=autoplay&list=ULZVQ1sFuDXIc&playnext=1

    BalasPadam
  4. Bajet yang tidak mendorong pertumbuhan tetapi mengekalkan budaya kebergantungan....perbelanjaan pembangunan kementerian pelajaran dikurangkan dari RM4 bilion kepada RM2 bilion kali ini....untuk menampung bantuan yang entah apa-apa...sambil tu ambil balik duit rakyat dengan naikkan harga gula dan tambang keretapi kat KL...huhu...tertipu lagi lah kita rakyat Malaysia

    BalasPadam
  5. Ramai yang tertunggu link download nih....tak sabo2 wehh....termasuk la yg mengomen nih...:D

    BalasPadam
  6. Bila Najib nak beri RM500 secara percuma ramai yang sanggup bersusah payah isi borang etc nak dapatkan....tapi ALLAH SWT nak beri ganjaran amalan secara percuma tanpa isi borang...tak ramai pulak yang nak.....itulah bezanya bila benda yang kita nampak di dunia ni semua nak....benda yang di akhirat tak nampak...tak ramai yang nak.....

    BalasPadam
  7. salam
    bersabar saja dulu
    kalau dah rezeki kita, tak ke mana
    akan datang kepada kita juga sudahnya

    BalasPadam
  8. assalam, ramai yg dah tak sabar tunggu...InsyaAllah semua yg layak akan dapat.

    BalasPadam
  9. harap saya dapat kali ini...lst x dapat

    BalasPadam
  10. SAYA PUN HARAP DAPAT JUGA...

    BalasPadam
  11. dpt juga tampung mana2 yg patut..

    BalasPadam
  12. BR1M 2.0 ni boleh tak di apply oleh bujang yang tak bekerja?

    BalasPadam
  13. brpa juta belia malaysia? Darab dgn rm250.

    BalasPadam
  14. dgr cerita ramai yg mohon..yg xlayak pun mohon..huhu

    BalasPadam
  15. bajet utk pancing undi nie..rm250 sekali pancing undi utk PRU13, 5 tahun lagi kaut balik duit2 belia sorang rm25,000..ok jgk idea PM..

    p/s: pendapat aku..hehe..jgn marah nO~

    BalasPadam
  16. alahai x yah nak kompang Politik ler...mohon jew pastu tunggu keluar g amik..

    BalasPadam
  17. alahai x yah nak kompang Politik ler...mohon jew pastu tunggu keluar g amik..

    BalasPadam