Izhar Gafni, 50, adalah seorang pereka dari negara Israel yang juga seorang pakar dalam mereka bentuk automotif adalah seorang peminat basikal yang selama bertahun-tahun telah cuba membuat basikal dari kertas kadbod.
Beliau akhirnya berjaya mencipta prototaip basikal yang dibuat hampir keseluruhannya dari kadbod dan dijangka berpotensi untuk mengubah penggunaan bahan berasas logam dan gentian yang selama ini digunakan untuk membuat basikal, malah ianya jauh lebih murah.
Asal kadbod, diperbuat daripada pulpa kayu, dicipta pada abad ke-19 sebagai pembungkusan yang kukuh untuk membungkus objek lebih berharga, tetapi ianya jarang dianggap sebagai bahan mentah untuk ciptaan lain yang biasanya dari bahan yang lebih kuat, seperti logam.

Semasa demonstrasi prototaip basikal kadbodnya, Izhar Gafni memberitahu Reuters bahawa, selepas banyak percubaan dan kesilapan, prototaip terbaru beliau kini telah bersedia untuk pengeluaran besar-besaran bermula dalam beberapa bulan akan datang.
Apabila bentuk telah dibentuk dan dipotong, kadbod dirawat dengan ramuan rahsia (faktor hak paten), yang diperbuat daripada bahan-bahan organik untuk memberikan kualiti yang kalis air dan tahan api. Di peringkat akhir, ia disalut dengan cat lakuer untuk penampilan.
Basikal ini tidak memerlukan penyelenggaraan serta tiada pelarasan, dan 'timing belt' kereta digunakan sebagai pengganti rantai basikal. Tayarnya pula tidak perlu dipam selalu dan dikatakan mampu bertahan selama 10 tahun.
Sebuah basikal yang bersaiz penuh kadbod hanya berat sekitar 9 kg (kira-kira 20 lbs) berbanding dengan basikal logam yang selalu digunakan beratnya sekitar 14 kg. Izhar Gafni juga mengatakan kos basikal ciptaannya jauh lebih murah dan mesra alam.-Reuters
salam
BalasPadamselama bertahun-tahun mencuba
beliau memang gigih
satu contoh yang patut ditiru oleh kita
bagus untuk environment!
BalasPadamMenarik ni. Idea hebat yang boleh dikomersilkan :D
BalasPadamkretif... sekali lagi nama israel diangkat...
BalasPadamMy recent post : Indahnya Pantai Port Dickson
Lawo juga yak.. kalau rajin macam2 bender boleh buat...
BalasPadamassalam, bagus la tu...skrg besi dah mahal...
BalasPadamfoyyo... tahan basah tak nih? hehhehe
BalasPadamNampak kemas je..
BalasPadamkadbod?
BalasPadamkeratif.
Macam tidak percaya tetapi ia berjaya dicipta.
BalasPadam... dia menghabiskan masa bertahun-tahun untuk melakukan penyelidikan bagi mencari kadbod yang kalis air, kalis api serta mampu menampung berat badan manusia. Cayalah!
BalasPadam