Alexa Ni Bukannya Betul Sangat?

Ermm..bunyi macam nak marah je ni? Bukannya marah pun! Buat apa nak marah kat Alexa yang dijadikan alat pengukur prestasi sesuatu blog di dunia setakat ini. Kaunter pengukurnya, sesetengah orang menganggap kena dan hampir tepat dengan jumlah trafik yang masuk dalam setiap laman web mahupun blog.

Saya sekadar membezakan antara 2 blog yang saya miliki di bawah ini sahaja. Tak perlulah saya bezakan dengan blog lain yang saya lihat jumlah paparan ratusan trafik masuk melalui kaunter hitstats mereka, tetapi perkiraan di kaunter Alexa mereka yang saya intai,  jauh lebih kurang berbanding dengan blog saya sendiri.

 
5gamma88.blogspot


 
www.zulkbo.com

*Perkiraan Alexa semakin susut angka adalah lebih baik.

Blog 5 gamma blogspot, tersebut adalah blog yang saya jadikannya sekadar blog list, di mana semua link blog yang saya suka singgah ada di sana. Saya anggarkan ada lebih kurang 630 link blog serata dunia. Kali terakhir saya kemaskini blog ini kira-kira setahun yang lepas. Angka global kaunter Alexa 894,585 dan angka ini menyusut setiap hari.

Anda bayangkan, hanya kemaskini blog setahun sekalipun angka kaunter Alexa blog list saya ini boleh turun di bawah angka sejuta Global. Sedangkan trafik yang masuk kadangkala hanya 15 orang sahaja sehari. Untuk pengetahuan anda blog ini juga mendapat Page Rank 1 oleh Google, jadi saya anggap kaunter Alexa ini bukannya betul sangat pun?

Berbanding blog peribadi saya www.zulkbo.com pula, sebagai blog utama yang sentiasa saya kemaskini hampir setiap hari, tetapi angka global kaunter Alexa 141,196 dan angka ini sentiasa meninggi setiap hari. Untuk pengetahuan semua, walau menggunakan nama domain dot com, blog ini masih menggunakan platform Blogspot dan anggaran kemasukan trafik sekitar 1,500 sehari.

Di sini, yang menjadi persoalan saya, apakah mekanisma cara pengiraan yang digunakan oleh Alexa untuk mengukur prestasi sesebuah laman web mahupun blog? Jika sebelum ini, saya menganggap kekerapan kemaskini dan kemasukan trafik ke blog dijadikan pengukur oleh Alexa. Adakah jumlah link keluar di 5gamma88.blogspot sebenarnya dijadikan pengukur berbanding kemaskini blog?Apa komen anda?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Oktober 04, 2012

13 Komen:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara sihat hendaknya...
    Amat kuranglah pengetahuan saya tentang perkara ni...:)

    BalasPadam
  2. entah x berapa faham dgn alexa, dulu target kome nak kejar sifu sbb masa tu blog ni under 100...

    BalasPadam
  3. Mmg ada kecelaruan terkadang tak paham juga yak....

    BalasPadam
  4. :D Tumpukan pada content.. alexa tu bonus kalau semakin menyusut. Malas nak fikir mekanisma apa yang digunakan untuk menentukan ranking tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yela..pening gak kepala memikirkannya..

      Padam
  5. Dulu semada Google PR telur dinosaur. Alexa ranking menjadi tentu ukur.

    BalasPadam
  6. Saya pun dah malas nak tgk rangking alexa. Kejap naik, kejap turun. So, buat tak peduli je , janji bahagia dgn blogging .. kan ! =)

    BalasPadam
  7. Alexa dia tgk utama trafik
    ada FAQ alexa cara dorang kira..
    apa2 pun ranking alexa hanya sekadar panduan kan?

    BalasPadam
  8. assslam, saya tak ambik kisahpun ranking Alexa ni....janji boleh berblogpun Alhamdulillah.

    BalasPadam
  9. Tu yang gua malas nak pasang..

    BalasPadam
  10. salam
    tak tahu nak kata apa
    tapi seronok juga bila tengok angka alexa semakin kecil

    BalasPadam
  11. malas nak percaya Alexa dah skrang ni...

    BalasPadam
  12. lagi lah gelap gambo.. baru sebulan lebih ngacu berblog.. harap-harap sangat dapat nasihat dan bantuan dari rodong-rodong rakyat pahang.

    BalasPadam