Selain Sedap Dimakan Ada Tentang Ikan Tuna Yang Mungkin Anda Mahu Tahu

Ikan tuna yang selalu kita jumpa di negara kita kebanyakan adalah dalam tin yang kita makan dengan roti atau dibuat sandwic. Ada pelbagai jenama di pasaran dan ikan-ikan ini selalunya telah dimasak dan sedia dimakan terus sebaik tinnya dibuka.

Daging ikan-ikan ini selalunya jenis yang hancur dan ditinkan dengan pelbagai cara, seperti dalam rendaman minyak zaitun, air, mayonis mahupun yang bercili. Jenama Cap Ayam antara jenama yang paling saya suka sekali terutama ikan tuna bercili.


Ikan tuna segar begitu mendapat tempat di negara Jepun kerana dagingnya dikatakan sangat berkhasiat. Ditangkap kebanyakan di Lautan Atlantik, ikan-ikan ini disejuk beku sebelum diekspot terus ke negara matahari terbit tersebut. Antara makanan popular yang menggunakan daging ikan tuna segar adalah sushi.

Ikan-ikan tuna selalunya ditangkap oleh nelayan yang menggunakan kapal yang besar dan penuh kelengkapan. Mereka akan ke laut sehingga berbulan-bulan semata-mata untuk menangkap ikan jenis ini sahaja. Anda boleh saksikan dalam filem The Perfect Storm yang pernah di tayangkan di pawagam, betapa susah payahnya nelayan ini menangkap ikan tuna.

 
 
Fakta Mengenai Ikan Tuna:

  • Ikan tuna sirip biru (Bluefin Tuna), adalah yang paling besar dan kuat, dengan panjang purata sehingga 458 cm dan berat maksimum boleh menjangkau 684 kilogram. Satu angka yang amat berat kan?
  • Ia juga ikan yang mempunyai kelajuan, badan berbentuk torpedonya dipenuhi otot yang kuat. Ini amat berguna apabila ikan-ikan ini perlu untuk menangkap mangsa dalam perjalanan jarak jauh mereka merentasi lautan Atlantik.
  • Jangan terkejut ikan ini agak mesra, tetapi bukan sesuatu yang luar biasa untuk spesies tuna yang berbeza boleh berenang bersama-sama di lautan.
  • Bluefin Tuna biasanya hidup di sekitar 15 tahun, tetapi jangka hayat terpanjang dianggarkan boleh menjangkau di antara 20 dan 30 tahun.
  • Bluefin Tuna Lautan  Atlantik hanya bertelur sekali setahun, dan ikan-ikan ini akan berhijrah semula ke Teluk Mexico atau Laut Mediterranean untuk bertelur.

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, September 28, 2012

14 Komen:

  1. Zaman sekolah dulu kalau buat sandwich semuanya berintikan sardin je..susah sangat nak jumpa Ikan Tuna dalam tin sekitar tahun 80an dulu di Jengka :)

    BalasPadam
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Subhanallah rezeki yang Allah sediakan di laut untuk kita, biarpun hanya bertelur setahun sekali dan ditangkap dalam quantiti yang banyak namun ianya tidak pernah berkurangan...

    BalasPadam
  3. :D Sedap dibuat inti sandwich!

    BalasPadam
  4. Baru je sarapan nasi berlauk cili tuna..hihihih tak suka makan dengan bread, itu hubby yang biasa buat..

    BalasPadam
  5. hello bro,
    ko ni buat aku teringin nak makan tuna pagi-pagi ni hehe.. nice info =D

    BalasPadam
  6. salam
    6 tahun kami makan zat besi ikan dalam tin ni
    huhu

    sekarang memang dah tak lalu nak makan dah

    BalasPadam
  7. assalam, t kasih atas info...saya pun minat makan ikan tuna...

    BalasPadam
  8. Harga ikan dalam tin pun sudah mahal sekarang.

    BalasPadam
  9. hehehh..ikan tuna rupanya begitu pulak..

    BalasPadam
  10. Ikan tuna ni selalu bergerak berkumpulan kan. Tak pasti pula. Sekarang ni selalu makan sandwich dengan tuna. Sedap.

    BalasPadam
  11. Salam Zul, jarang-jarang makan ikan dalam tin sesekali pekenalah jugak :)

    BalasPadam
  12. pernah mengolok ikan tuna, bukan spesis ni spesis aya, memang power ikan ni :)

    BalasPadam
  13. biasa makan sandwich tuna, lebih sedap dari sanwinch sardin.

    BalasPadam