Kerajaan akan melakukan pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh negara dan akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini.
Calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Januari depan. Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF.
Pengajaran J-QAF bermula pada 2005 hasil idea mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun kekurangan guru di sekolah rendah turut menyebabkan pengajarannya di sekolah menengah yang dijadual bermula pada pertengahan tahun ini ditangguhkan.
Guru-guru ini akan menjalani mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama satu setengah tahun bermula dari tarikh mereka berkursus. Ini bermakna sambil belajar dalam kursus perguruan mereka juga mengajar di sekolah tersebut.

Syarat utama ialah calon memiliki ijazah Pendidikan Islam dan berumur tidak melebihi 37 tahun. Maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang www.moe.gov.my mulai hari Ahad ini 23 September 2012.
Sumber : BERNAMA
ada rezeki nanti bolehlah minta sementara tunggu dapat kerja yang sesuai dengan bidang pengajian :D
BalasPadamassalam, bagus info ni...peluang keemasan bagi yang layak memohon.
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya..
Ohh...dah ada semula setelah dibekukan...alhamdulillah, yang layak bolehlah memohon
terlebih umur pulak dah :)
BalasPadamsalam
BalasPadammemang perlu kepada pengambilan baru
sekolah kami juga masih perlukan tambahan guru j-qaf untuk tahun depan
Ai.. ni satu lagi bencana. Guru jQaf yang baru konvo aritu pun tak posting lagi. Dah nak ambik lagi guru. Cubalah selesaikan satu-satu.
BalasPadambg lepasan stam harap leh wat permohonan
BalasPadamUMUR 36 BOLEH KE ...TAPI KENYATAAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN MENGATAKAN UMUR TIDAK LEBIH 37...CMNA NI..BAGI LA PELUANG PADA KAMI YG MASIH MENGHARAP NI
BalasPadamSEMOGA MASIH ADA PELUANG UNTUK YG BERUMUR 36 NI...SBLUM NI DAH PERNAH MEMOHON AND SAMPAI TEMUDUGA LAGI..TAPI MENGANDUNG...SO BUKA LA PELUANG UNTUK KAMI..PENGALAMAN AND KELULUSAN SEMUA CUKUP...
BalasPadamlepasan stam layak atau tidak untuk memohon jqaf ni?? kalau layak bagaimana caranya?? harap bantu..
BalasPadamlepasan stam layak x nk mohon j-Qaf nih ?
BalasPadamsaya lepasan diploma syariah..layak x?
BalasPadam