Belanjawan Malaysia 2013 akan mula dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 28 September 2012, hari Jumaat. Ramai yang tertunggu-tunggu apakah Bajet 2013 kali ini ada pengumuman yang menggemparkan semua orang.
Antara yang sabar menanti, adalah kakitangan awam kerajaan yang menantikan bonus tahunan mereka yang khabarnya sehingga 2 bulan gaji. Begitu juga mereka yang berpendapatan di bawah RM3000, menantikan BR1M pusingan kedua.
Anda semua boleh mengikuti siaran secara langsung Belanjawan Negara Malaysia 2013 di semua siaran TV percuma negara TV1,TV2, TV3 dan NTV7. Juga disediakan siaran secara LIVE STREAMING Online yang saya sertakan link di bawah.
• Live Streaming - http://www.treasury.gov.my
• Mobile Web – http://www.treasury.gov.my/bajetmobile
• Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my
Mungkin ramai juga tertunggu-tunggu, benarkah kerajaan akan mengadakan satu peraturan berkenaan kereta yang telah berusia melebihi 15 tahun, yang khabarnya perlu dilupuskan? Jika benar, hendak juga ketahui apa mekanisma yang akan diguna pakai nanti.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar hari ini, kenaikan harga barangan pengguna dan kos sara hidup yang semakin tinggi menjadikan kita semakin miskin. Saya tertunggu-tunggu juga apa langkah terbaik kerajaan berkenaan isu ini.
Terakhir sekali, PRU13 yang masih menjadi tanda tanya semua pihak sekarang ini, bilakah ianya akan berlaku? Adakah Belanjawan Malaysia 2013 kali ini, lebih terarah kepada itu. Harapan saya, walau apa yang akan diumumkan, kepentingan semua rakyat diutamakan oleh kerajaan Malaysia.
Apakah hala tuju negara tahun 2013 nanti?
BalasPadamSesama kita nantikan pengumumam oleh PM Najib
di Parlimen hari Jumaat ini :)
atau mungkin PRU terakhir bg najib...
BalasPadamRamai yang tertunggu-tunggu ni
BalasPadamSaya akan mendengar pembentangan Bajet 2013 melalui live Streaming.
BalasPadamsalam
BalasPadamharap2 kerajaan tak berikan mee segera kepada rakyat
tak elok tu kalau selalu makan mee segera
Makan Ubi Kayu lagi best,,,,,, mengingati kita ke arah bagaimana tok nek kita ....hidup dengan makan ubi kayu bakar,,,,,,,, syokno makan beramai- ramai dengan air kopi O khaw khaw,,,,,, hidup Malaysia hidup rakyat,,, barulah gua cayai sama lu,,,,,,
BalasPadam