Bayi Tercekik Susu? Cara Dan Tip Panduan Mengatasi

Beberapa minggu yang lepas, seorang bayi malang telah meninggal dunia akibat tercekik susu di pusat asuhan kanak-kanak, dan semalam satu lagi berita menyayat hati, apabila seorang lagi bayi meninggal dunia akibat yang sama sewaktu di bawah asuhan seorang penjaga bayi.

Berita yang sungguh menyedihkan apabila saya membacanya. Memang benar, sudah takdir Allah kita perlu menerimanya. Tetapi tahukah anda, sebagai ibu bapa mahupun penjaga bayi, anda perlu juga belajar bagaimana cara menangani masalah ini apabila kita berada di situasi bayi tercekik?

  • Bagaimana Bayi Boleh Tercekik Susu?
Selalunya apabila seorang bayi tertidur semasa menghisap susu dari botol, susu tersebut akan terus mengalir mengakibatkan kemungkinan bayi tersebut tersedak dan susu tersebut masuk ke saluran pernafasan dan ini menjadikan bayi berkemungkinan tercekik susu.

Ianya berlainan sekali sekiranya bayi anda menyusu badan, kerana susu badan hanya keluar apabila bayi menghisapnya sahaja. Jika bayi tertidur ketika menyusu badan, susu ibu akan berhenti keluar dengan sendirinya.

  • Apa Anda Perlu Lakukan Sekiranya Bayi Tercekik?
Yang paling utama sekali anda jangan panik! Kemudian, terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda, seperti gambar di bawah.

Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.

  • Bagaimana Caranya Melakukan CPR?
Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda. Butiran lanjut anda boleh saksikan video di bawah:


NOTA: Amalan meletakkan kain atau bantal menyokong botol susu dan membiarkan bayi menyusu sendirian adalah sangat merbahaya. Ini juga adalah salah satu punca utama bayi boleh tersedak susu. Apabila tersedak, bayi anda juga berpotensi mendapat pneumonia. Cara terbaik, sentiasa mengawasi bila bayi anda menyusu botol dan pastikan bayi sendawa selepas menyusu.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 20, 2012

13 Komen:

  1. Kes berlaku tercekik susu apabila mengunakan botol susu yang bukan jenis anti colic atau bayi tidak sendawa dengan sempurna selepas menyusu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya apabila berlaku kes terdedak susu akan berlaku situasi panik tidak tahu hendak mengambil tindakan apa.

      Padam
    2. betul tu Bro...
      kena pula anak pertama
      mau panik tahap kalut

      Padam
    3. Bila panik, tindakan & penyelesaian yang diambil mungkin salah! Bertambah buruklah keadaan...

      Padam
    4. Moralnya..
      kena juga belajar mengatasi
      masaalah panik ni ye..?

      Padam
  2. Perkara begini boleh berlaku bukan dibawah jagaan pengasuh kanak2 saja. Ibubapa sendiri juga kena berhati-hati. Kalau boleh pangkulah bayi bila menyusukannya. Jangan main sendal dengan bantallah dan ibubapa sibok buat kerja lain masa bayl sedang menyusu.

    Selain soal keselamatan dengan memangku bayi ketika menyusukannya dia juga rasa dikasihi.

    BalasPadam
  3. cukup merisaukan kome makin menjadi2 pulak
    apa x risaunya kome ade baby tu risau sokmo...

    BalasPadam
  4. assalam, tq atas info...kadang2 bayi di dalam buaian diberi susu botol, buatnya bayi tertidur tak ke haru...blh tercekik tu...berhati2 dgn sesuatu yg blh menjejas bayi kita.

    BalasPadam
  5. Salam, moralnya kita kena tahu juga langkah awal kalau jadi macam itu yak.. terima kasih diatas perkongsian.

    BalasPadam
  6. sebagai ibu bapa memang patut tahu serba sedikit cara untuk menghadapai segala kemungkinan seperti ini

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas panduan yang diberikan, cuma bab cpr tu, mungkin perlu pergi kursus untuk mendapatkan cara membuatnya dengan lebih baik, sebab takut tersalah buat bila berpandukan video sahaja.

    BalasPadam
  8. Nice info bro, boleh jadi panduan buat mereka yg baru bergelar ibubapa....juga buat yg dh jadi ibubapa sbb kdg2 tak bape alert sgt dgn mende2 gini...

    BalasPadam
  9. salam
    memang banyak kena belajar bila berurusan dengan bayi ni
    walau pun kita sendiri pernah jadi bayi, tapi kita dah tak ingat apa2 dah
    hehe

    BalasPadam