Pelajar Malaysia Cedera Ditimpa Wanita Dilapor Stabil
NEW DELHI 25 Sept - Seorang pelajar Malaysia, Mohamed Mushain Mohd Mashur yang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan di Mangalore kini berada dalam keadaan stabil, menurut Konsul Pelajaran dan Latihan Malaysia di Chennai, Annie Sabrina Lasumin.
Beliau berkata pelajar tersebut berkeadaan stabil tetapi kata doktor beliau perlu menjalani satu pembedahan. Mushain yang berasal dari Pulau Pinang cedera apabila ditimpa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Krishna di Jalan MG, Mangalore, Isnin lepas.
Wanita itu jatuh ke atas pelajar tersebut bersama tiga orang kawannya, Mohammed Shafik Shaffaee, Miur Zainul Arif dan Mohammed Nadzrin Shah. Dilaporkan jua wanita tersebut dalam keadaan kritikal dan kini berada di Hospital Yenepoya.
Rangkaian Mangalore Today News melaporkan keempat-empat mereka sedang berjalan menuju ke asrama mereka dari arah gim di Bejai apabila wanita muda itu yang dikatakan mengalami sakit mental sejak tiga tahun lepas dikenali sebagai Vandana Prabhu, 31, jatuh ke atas mereka. Baca seterusnya
NOTA: Mula saya baca tajuk berita di Utusan Malaysia itu, tertanya-tanya juga saya, "cedera ditimpa wanita"? Agak pelik dan pelbagai tanggapan awal saya mulanya berkenaan berita ini. Setelah membacanya, baru saya faham bahawa malang memang tidak akan berbau! Siapa sangka anda juga mungkin ditimpa orang yang terjun dalam cubaan membunuh diri. Simpati kepada mangsa, semoga beliau kembali sembuh seperti sediakala.
Macam-macam...
BalasPadamMacam tak percaya jer tajuknya. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau..
Harap beliau tidak mengalami kecederaan teruk akibat dihempap oleh wanita yang cuba membunuh diri.
BalasPadamassalam, malang tak berbau, nak buat macam mana, sabar je la, harap2 cepat sembuh...
BalasPadamBetul2 malang tak berbau kalau jadi kes mcm nih....moga cepat sembuh.Kejadian 1000 dalam 1 ...payah nk jumpa kejadian cm ni...hehhe
BalasPadamMalang sunggup yak... nasib tak cedera lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian.
BalasPadamlaaa tajuknya pun...
BalasPadammoga cepat sembuh
Kalau timpa tu slow jer...tentu tak cedera kannn???
BalasPadamdahsyat dunia sekarang ni...
BalasPadamharap2 dia x ape2..
kesian, takpe duduk kat hospital kena rehat banyak2
BalasPadamaku belum baca lagi surat khabar hari ini cuma dengar dekat radio je
BalasPadammalang betul..semoga lekas sembuh..
BalasPadamselain toleh kiri kanan..kene tgk atas juga..huhu
BalasPadamMandang katas la pulok kala dah gini gayenye
BalasPadamsalam
BalasPadamlagi teruk bila yang cuba bunuh diri, tak mati
orang yang ditimpa kat bawah pula yang meninggal
memang malang tak berbau