Undang-Undang Untuk Dipatuhi Bukan Ditakuti


Inilah contoh pemandu yang memandu kenderaan di negara kita hari ini. Nak di katakan tidak tahu undang-undang, hairan juga macam mana boleh dapat lesen memandu dan memandu kereta. Parkir kereta sesuka hati, bila ditegur ada sahaja alasannya.

Saya sempat menegur pemandu kenderaan ini, seorang wanita cina yang singgah di sebuah bank di Bandar Baru Ampang beberapa hari lepas. "Tak boleh parking kat situ Puan, pili bomba tu..nanti kalau ada kebakaran di sini,  susah bomba nak masuk", tegur saya.

Kesalahan meletak kenderaan barang atau kenderaan awam di kawasan larangan [Seksyen 70 APJ 1987] = Denda RM 150.00 jika di sabit kesalahan.

"Encik polis ke? Saya mau cepat ni.. sana mau parking jauh, MPAJ cuma lalu petang nanti saja ma", alasan wanita cina separuh abad umurnya tu dengan selambanya. Apa punya orang, kalau saya mengaku polis, sudah pasti tidak berani beliau memakir keretanya di situ. 

Nampak sangat, undang-undang hanya dipatuhi jika ada penguatkuasa berada di sekitaran. Kalau tiada,   dengan sesuka hati sahaja undang-undang dicerobohi. Yang nyata di sini, demi kepentingan diri sendiri, pasti boleh menyusahkan orang lain seandainya berlaku kebakaran di kawasan sekitar.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 02, 2012

10 Komen:

  1. tak ada kesedaran sivik langsung. hanya patuh bila ada penguatkuasa, patutnya, kenalah patuh setiap masa. bukan apa, kalau ada kecemasan, bukan orang lain saja yang susah, dia pun sama susah.

    denda hukuman kena lebih tinggi dan keras. penguatkuasaan kena tingkat, 24 jam. sebab nak ajar patuh undang-undang susah sangat.

    perangai macam ni berleluasa dlm masyarakat kita.

    BalasPadam
  2. Mentaliti kelas ketiga begitulah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu dah kena saman bising lak nanti. :wink:

      Padam
    2. siap upload kat youtube lak tu..

      Padam
  3. Salam Zul, gitulah gayanya bla mana sesetengah pihak memandang mudah perkara seumpama itu betul dah tu undang2 sekadar jangan kena denda aje :(

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama02 Ogos, 2012

    Betul tu, patuh pada undang-undang kerana takut kena saman bukan kerana fikirkan keselamatan diri dan orang sekeliling kita.

    BalasPadam
  5. Bertanggungjawap perlu diterjemahkan didalam perbuatan. Kalau setakat tahu dan faham tetapi masih melanggar apa gunanya. :-(

    BalasPadam
  6. pemandu Malaysia yang tipikal..sy pernah jerit dr dlm kereta sy kat sorang driver perempuan yang parking tengah2 jalan smpai menyusahkan org lain..sekali dia kejar sy..gangster rupanya..tp sy buat derk je..bila dia tekan minyak kat sebelah kereta sy, sy tak pandang langsung lps tu sy tak bagi dia potong kereta sy..last2 dia patah balik sbb sbnrnya dia tgh tunggu kawan kt dalam bank..fuuh..rasa mcm KL gangster skejap..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. erkk..
      memang dramatik sekali
      kedengaranya..nasib baik
      tak bertempur,tarik rambut
      ke apa..? :)

      Padam
    2. betul tu td dah kena saman..bawa anak berderet tak terperasan pulak pili bomba tu..saman dah kena adoi kelam kabut sangat

      Padam