Tak Aci La Dia Copy Bulat-Bulat Gitu?

Salam semua , jika anda ada membaca entry saya pada 5 Ogos yang lepas berkisah tentang buah tembikai yang di tepuk-tepuk setiap orang yang membelinya, anda pasti kenal dengan tonasi penulisan saya yang asli. Jarang juga saya nak menulis begitu, melainkan bila timbul ilham yang datang tiba-tiba dan entry tersebut adalah santai.

Saya suka membuat carian pada setiap entry blog saya untuk melihat kedudukannya di Google dan ini yang saya dapat bila saya membuat carian berkenaan dengan kisah buah tembikai tersebut. Entry ini di copy bulat-bulat oleh seorang hamba Allah ini? Adehh..memang terkejut juga, sampaikan nota kaki entry saya pun di copynya bulat-bulat.


Memang tak aci la kalau ginih! Mengapa lah nak copy bulat-bulat gitu kan? Kan ke baik ada pengolahan semula yang menjadikan ianya lebih menarik untuk di baca, pasti saya akan merasa lebih bangga. Ini tidak, sehinggakan nota kaki entry tersebut pun di copy membuatkan saya sakit hati la pula membacanya.

Saya sendiri adalah blogger yang 'copy paste', setidaknya kalau entry saya mengandungi isi kandungan dari laman blog lain melebihi 50% penulisannya, saya akan berikan kredit pada laman tersebut. Walau bukan 'direct link', setidaknya nyatakan sahaja sumber asal mana anda ambil artikel tersebut. 

JADILAH BLOGGER yang BERETIKA!



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 09, 2012

17 Komen:

  1. blogger macam ne tak ada identiti..orang lain penat fikir nak buat dia senang2 je copy paste..lebih2 lagi kalo ade yang copy paste tanpa bagi kredit kepada tuan punye blog..sakit hati betul.

    Cara Nak Elakkan Entri Anda Di Copy Paste Tanpa Izin

    BalasPadam
  2. Hehe..

    Apa boleh buat Tuan.. Saya pun pernah mengalaminya. Apa pun saya segera hubungi pemilik blog dan minta dia letakkan kredit. Alhamdulillah responnya positif.

    BalasPadam
  3. rasanya copy paste ni memang dah biasa.entri saya juga banyak yg dicopy paste.ada yg bg kredit,tp selalunya memang tak ada.apa boleh buat,sabar sajalah.

    BalasPadam
  4. baru usha kat google .. tau dah sape .. :D

    BalasPadam
  5. orang yang ciplak ni tak rasa bersalah ke? orang akan tahu jugak akhirnya! kan malu sendiri tu...ish-ish-ish...jangan la buat macam ni tak baik tau...berilah kredit - bukan kena bayo pong...

    BalasPadam
  6. salam en.zul...
    selamat berpose.. ;)

    hurm...blogger mcm ni lah yg mmg xberkenan tgk....
    klu nak copy pn,berilah credit kepada blogger yg menulis artikel tu...
    harap blogger tu dpt creditkan artikel yg dia dh copy tu...

    BalasPadam
  7. Bab copy paste sudah menjadi lumrah dalam dunia blogger. Namun amat penting apa salahnya jika sekiranya entri tersebut di copy paste berikan sedikit kredit pada penulis asal apa salahnya.

    BalasPadam
  8. mmg biasa copy paste.. kadang kita x tahu jer..
    kalau tgk blog SEO, berita sebijik2 di copy.. nasib berita x saman jer :)

    BalasPadam
  9. memang x patut, kome pun kadang2 tu copy paste jg
    tapi tak 100%, ubah ikut selera kita pulak, ni kang sejibik, dah tu x beri kreadit pulak pada penulis asal

    BalasPadam
  10. Memang sah telah disalin bulat-bulat. Sekurang beri kredit dan olah semula.

    BalasPadam
  11. Assalam..
    Saya dah tengok blog tu..
    Sapa tak sakit hati kalau ciplak bulat2 tanpa kredit...

    BalasPadam
  12. Sabar sajalah bro..dah ramai terkena macam ini..

    BalasPadam
  13. Dah ngintai kat google..
    Ramai peminat nampaknya???
    Hu3

    BalasPadam
  14. mmg sengal itu org hee.. sbar bro.. sy dah terkena beberapa entri, malah ckp mmg skit hati bagai sabar.. mmg dugaan bulan pose.

    BalasPadam
  15. setakat ni blog saya selamat dari di copy paste, hehee

    BalasPadam
  16. silap2 google akan denda nnt..sbb duplicate content..

    BalasPadam