Resepi Dan Cara Membuat Ketupat Pulut Daun Palas (Video)



Salam semua, hari raya kalau tanpa ketupat pulut daun palas 'tak sah' berhari raya kata orang tua-tua. Maksudnya, suasana hari raya jadi tak lengkap tanpanya. Juadah turun temurun ini dah ramai golongan muda yang kurang arif bab membalut anyaman ketupat pulut daun palas tersebut. Setengah antara mereka, antara daun palas dengan daun kuang pun dah tak kenal.

Daun kuang, rupanya memang seakan sama daun palas dan boleh dijadikan pengganti kepada daun palas sebagai pembalut isi ketupat tersebut, cuma daunnya agak keras dan agak rapuh serta mudah pecah sewaktu membalutnya. Hasil ketupat tersebut juga menghasilkan aroma yang tidak sama. Kemahiran individu amat di perlukan ketika proses membalut.


Bahan-Bahan:
  • 1 gantang beras pulut
  • 4 biji kelapa atau 3 kg santan
  • ½ kg kacang mentah 3 jantung jagung (jika mahu)
  • Daun palas secukupnya


Cara - Cara:
  • Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
  • Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
  • Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
  • Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
  • Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
  • Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi. Bab ini perlu ada kepandaian, ambil masa juga untuk menganyamnya disini saya sertakan video saya menganyam ketupat, perlahan-lahan belajar erk?
  • Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam tadi  ke dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga kering airnya(pastikan tidak hangus).
 



NOTA: Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati. Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang , kari daging mahupun kari ayam ataupun serunding ikan(resepi kakak ipar). Ketupat daun palas yang direbus ini tahan sehingga seminggu, tapi seandainya selepas dibalut anyaman tadi terus di simpan sejuk beku di dalam peti ais dan hanya di rebus bila ingin di makan boleh bertahan sampai setahun.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 16, 2012

9 Komen:

  1. Selamat hari raya Zul. Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama Kak..
      selamat hari raya
      maaf zahir dan batin

      Padam
  2. Salam, Mmg best ketupat daun palas nie kawan nok membuatnya tak reti makan bolehlah... selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    Entri Terbaru "16 TIPS LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN. "

    BalasPadam
  3. sedap ni..
    selalu order kat jiran ketupat ni sbb malas na buat

    BalasPadam
  4. Koi nganyam daun nyor ter reti la.Daun palas ni tak dan belajo lagi.

    BalasPadam
  5. selamat hari raya
    kome buat lemang je :)

    BalasPadam
  6. Tak pandai buat tetapi pandai makan. :-)

    BalasPadam
  7. selamat hari raya cikgu..hehe

    BalasPadam