Majalah MANGGA Di Haramkan Di Kedah ?

Salam semua, jika kebelakangan ini majalah hiburan MANGGA yang amat popular di kalangan remaja masakini, kerap memaparkan gambar aksi yang menggairahkan artis-artis tempatan ketika berposing. Majalah tersebut sepatutnya di haramkan penjualannya pada umum, begitulah yang dicadangkan oleh pihak mufti Negeri Kedah.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.
SUMBER: www.xlupa.com
Bagaimana pula dengan pihak berwajib negeri lain? Ini adalah tindakan yang bijak dan sepatutnya telah lama di lakukan oleh negeri yang lain juga kerana, perlakuan bergambar seksi dan menjolok mata tersebut boleh merosakkan akidah dan tata-tusila rakyat Malaysia amnya.

Kebanyakannya yang pernah saya terbaca sebelum ini, aksi gambar-gambar 'semi lucah' tersebut diaksikan oleh artis-artis melayu islam tempatan sendiri. Mereka seolah-olah menghalalkan aksi sebegini. Dah macam seperti majalah-majalah menjolok mata terbitan negara barat sudah aksi mereka.

Langkah lebih ketat perlu dilakukan oleh pihak berwajib dalam memelihara tata-tusila dan budaya malah agama islam sendiri yang mementingkan orang islam memelihara aurat mereka di khalayak umum. Apatah lagi dengan bergambar menjolok mata yang mengundang pandangan ghairah.

Tak sanggup saya menyiarkan petikan gambar-gambar tersebut di laman blog saya bagi memelihara kesucian bulan Ramadan yang penuh barakah sekarang ini. Saya pasti anda semua pasti bersetuju dengan saya, malah langkah yang di ambil Mufti Kedah tersebut adalah betul.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Ogos 10, 2012

9 Komen:

  1. Majalah yang memang tak membina minda pun. Lebih baik ditamatkan penerbitannya.

    BalasPadam
  2. Salam saudara...

    Moga sihat hendaknya..

    Elok benarlah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      terima kasih,
      semoga saudara juga
      sihat hendaknya :)

      Padam
  3. Tanpa Nama10 Ogos, 2012

    elok la ditamatkan....selamani pihak yg berwajib tidur....

    BalasPadam
  4. Molek tamatkan je.Bukan yang tu je.Banyok lagi yang lain....

    BalasPadam
  5. elok sgt lah diharamkan tu, katanya ala-ala majalah playboy malaysia gitu :)

    BalasPadam
  6. mmgsesuai sgt, aku tgk di kedai pun malu dgn anak2..huh

    BalasPadam
  7. Elok sangat diharamkan.

    BalasPadam
  8. ade jugak artis yg kata dosa tanggung sendiri2..mcm2 skang ni

    elok tamatkan terus.. :)

    BalasPadam