Salam semua, jika kebelakangan ini majalah hiburan MANGGA yang amat popular di kalangan remaja masakini, kerap memaparkan gambar aksi yang menggairahkan artis-artis tempatan ketika berposing. Majalah tersebut sepatutnya di haramkan penjualannya pada umum, begitulah yang dicadangkan oleh pihak mufti Negeri Kedah.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”
Bagaimana pula dengan pihak berwajib negeri lain? Ini adalah tindakan yang bijak dan sepatutnya telah lama di lakukan oleh negeri yang lain juga kerana, perlakuan bergambar seksi dan menjolok mata tersebut boleh merosakkan akidah dan tata-tusila rakyat Malaysia amnya.
Kebanyakannya yang pernah saya terbaca sebelum ini, aksi gambar-gambar 'semi lucah' tersebut diaksikan oleh artis-artis melayu islam tempatan sendiri. Mereka seolah-olah menghalalkan aksi sebegini. Dah macam seperti majalah-majalah menjolok mata terbitan negara barat sudah aksi mereka.
Langkah lebih ketat perlu dilakukan oleh pihak berwajib dalam memelihara tata-tusila dan budaya malah agama islam sendiri yang mementingkan orang islam memelihara aurat mereka di khalayak umum. Apatah lagi dengan bergambar menjolok mata yang mengundang pandangan ghairah.
Tak sanggup saya menyiarkan petikan gambar-gambar tersebut di laman blog saya bagi memelihara kesucian bulan Ramadan yang penuh barakah sekarang ini. Saya pasti anda semua pasti bersetuju dengan saya, malah langkah yang di ambil Mufti Kedah tersebut adalah betul.
Majalah yang memang tak membina minda pun. Lebih baik ditamatkan penerbitannya.
BalasPadamSalam saudara...
BalasPadamMoga sihat hendaknya..
Elok benarlah tu..
W_salam..
Padamterima kasih,
semoga saudara juga
sihat hendaknya :)
elok la ditamatkan....selamani pihak yg berwajib tidur....
BalasPadamMolek tamatkan je.Bukan yang tu je.Banyok lagi yang lain....
BalasPadamelok sgt lah diharamkan tu, katanya ala-ala majalah playboy malaysia gitu :)
BalasPadammmgsesuai sgt, aku tgk di kedai pun malu dgn anak2..huh
BalasPadamElok sangat diharamkan.
BalasPadamade jugak artis yg kata dosa tanggung sendiri2..mcm2 skang ni
BalasPadamelok tamatkan terus.. :)