Kempen Bantah Seksyen 114A Dan Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012

Anda semua patut tahu, pindaan kepada Sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat. Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, sesuatu yang lari dari prinsip keadilan.
 

Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, meliputi komen dan artikel itu walau ditulis oleh pihak lain. Keterangan lanjut sila layari LINK.

Pelanggan perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut dan sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda yang akan dipertanggungjawabkan.

Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut. Oleh itu, kami blogger menggesa kerajaan untuk menarik balik Pindaan 114A Akta Keterangan 1950.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 14, 2012

14 Komen:

  1. sentiasa sokong bantahan ni untuk keadilan pemilik blog. fb. twitter dsg lah.

    BalasPadam
  2. assalam, sokong bantah...

    BalasPadam
  3. MAK AIH!!
    kejam punya akta

    BalasPadam
  4. Saya harap pihak kerajaan nampaklah kempem bantah ini ! Buka mata.

    BalasPadam
  5. Legalitas dah merambah dunia maya. Bagaimana keadaan selanjutnya?

    BalasPadam
  6. Memang jauh sangat larinya dari konsep keadilan yang diperjuangkan kerajaan. Sepatutnya beban membuktikan kesalahan jatuh pada bahu yang mendakwa, bukan yang didakwa.

    BalasPadam
  7. mungkin perlu penambah baikan kalau mahu laksanakan terutamanya pasal pembuktian.

    BalasPadam
  8. kene phm juga akta ini utk apa..jika tidak buat salah apa yg perlu ditakuti..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama17 Ogos, 2012

    Saya Sokong akta ini.

    BalasPadam
  10. Ramai yang membantah pengubalan akta ini.

    BalasPadam
  11. saya juga membantah sebenarnya...mintak diperhalusi lagi akta nie

    BalasPadam