Besok Dah Hari Raya Jangan Lupa Pulak?

Esok 19 Ogos, umat islam di seluruh negara akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tanda kemenangan kita berjuang sepanjang bulan Ramadan menahan hawa nafsu. Esok juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara yang sunat serta di galakkan sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam sempena menyambut tibanya bulan Syawal. Jadi jangan lupa pulak ye?

  • Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (samada secara hisab atau rukyah).
  • Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih.
  • Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.
  • Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.
  • Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.
  • Sunat mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti ucapan : "Taqaballahuminna wa minkum" bermaksud, semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada anda'.
  • Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya: "Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

NOTA: Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari penulis dan keluarga buat semua pembaca blog ini. Maaf zahir dan batin andai ada kesalahan saya sepanjang saya menulis di blog ini. Penulis akan menyambut Aidillfitri bersama keluarga di Jengka, Pahang pada hari raya 1- 2 hari raya tahun ini. Andai ada rakan yang berhampiran, bolehlah singgah berhari raya bersama saya di sana.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Ogos 18, 2012

13 Komen:

  1. Selamat Hari raya Aidilfitri.. Ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap dari Aku pengembara.. :)

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidilfitri

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin dari Sop dan keluarga

    http://www.sop.name.my/2012/08/ucapan-selamat-hari-raya-aidilfitri.html

    BalasPadam
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Salam kemenangan, selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Taqabalallahu minna wa minkum...

    BalasPadam

  5. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN IKHLAS DARIPADA : AKUANAKPAHANG GROUP.

    BalasPadam
  6. Dentuman mercun sahut menyahut selepas pengistiharan Raya semalam. Bunyi macam sudah perang sahaja. :-)

    BalasPadam
  7. selamat hari raya untuk bro dan keluarga
    maaf segala tersilap tersalah

    BalasPadam
  8. Selamat menyambut hari raya buat zulkbo sekeluarga.

    BalasPadam
  9. selamat hari raya jg dari auc sekeluarga

    BalasPadam
  10. assalam, salam lebaran....selamat pulang ke kampung dan kembali berblog...

    BalasPadam
  11. selamat hari raya bang zul... lama tak singgah sinie....

    BalasPadam
  12. selamat hari raya maaf zahir batin ya

    BalasPadam