Resepi Nasi Ulam Utara Dan Cara Membuat



Salam semua, dalam banyak juadah berbuka puasa, nasi ulam adalah makanan yang paling saya tak jemu sekali menjamahnya. Kalau dapat makan, hari-hari pun tak apa. Cuma masalah penyediaan bahan-bahan ulaman ini sahaja. Kalau di bandar seperti Kuala Lumpur, selalunya tidak berapa lengkap ulaman yang ada.

Resepi nasi ulam di bawah adalah resepi tradisi keluarga sebelah isteri saya di utara tanahair, Kedah Darulaman. Resepi di bawah telah disediakan oleh sepupu isteri, Dik Da. Setakat ini kalau saya dan keluarga pulang ke Kedah, beliaulah selalunya menjadi tukang cari ulam dan menyediakan juadah nasi ulam ini.

BAHAN-BAHAN:
1.  nasi yang dimasak dan telah disejukkan
2. udang kering yang digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk sampai halus (boleh diganti dengan isi ikan panggang)
3.  kerisik ditumbuk kasar
4. halia, lengkuas, serai (kisar sampai halus, kalau boleh kisar berasingan ketiga-tiga bahan ini)
5. cili padi atau lada hitam untuk perasa pedas (tumbukkan bersama asam keping dan garam sampai lumat, masukkan sedikit belacan)
6. bawang merah dimayang halus (pilihan individu)
7. ulam (bersihkan ulaman, gulungkan, dan hiris halus seperti cara membuat bunga rampai)


Pilihan ulaman terpulang kepada individu dan bagaimana mendapatkannya. Kuantiti dan jenis ulaman tidak terhad, lagi banyak lagi menambah kesedapan nasi ulam ini. Contoh ulam-ulaman yang sering digunakan keluarga:

-daun selom
-daun kesum
-daun kunyit
-pucuk kadok
-pucuk pegaga
-daun sekentut
-pucuk daun kari
-pucuk limau purut
-daun selaput tunggul
-dan sebagainya

CARA MEMBUAT:
Gaul dan ratakan kesemua bahan 1-7 mengikut kreativiti anda. Tambah sedikit garam jika perlu dan limau kasturi untuk menambah kenikmatan nasi ulam resepi keluarga isteri saya.

SELAMAT MENCUBA!



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 24, 2012

14 Komen:

  1. baru je pekena nasi ulam ni :)

    BalasPadam
  2. tak sangka bro zul pun boleh menulis resepi :)

    BalasPadam
  3. sedapnya! so healthy... semenjak tua ni, saye suka makan ulam.. :)

    BalasPadam
  4. Salam Zul, mmg best nasi ulam nie... nasi
    ulam Pahang tak kurang juga sedapnya:)

    BalasPadam
  5. terima kasih atas perkongsian resepi ni. Boleh dicuba nanti.

    BalasPadam
  6. perghhhh.....kegemaran saya ni tau. sejak sebelum puasa teringin nak makan. tapi bila dah masuk bulan puasa ni tak berkesempatan lagi nak cari di pasar ramadhan. Makan nasi ulam ni kena pair dengan asam pedas sayur keladi. baru ngam! tapi, nasi ni makan saja pun dah cukup. tq for the recipe...nak buat tapi sumber ulam terhad...hehe

    BalasPadam
  7. memang menyelerakan nasi ulam macam ni utk berbuka dan bersahur

    BalasPadam
  8. salam..

    lma x mkn nsi ulam ni
    mmg teringin plak ni

    BalasPadam
  9. Daun sekentut, saya pernah tengok, ada orang demo, dia goyangkan pokok tu, baru pokok tu keluarkan bau yang amat busuk.

    BalasPadam
  10. pergh..menu pilihan hari ni.. :)

    BalasPadam
  11. Tidak pernah merasainya sebelum ini tetapi kalau jumpa pasti cuba.

    BalasPadam
  12. bulan pose ni asik sakit gigi jerrr....adoilaaa....pantang tgk mende sedap sikit sumer nak...last2 time makan mula la gelabah...hehehe


    @Lama doh x makan nasi ulam nih.....

    BalasPadam
  13. salam
    kalau kat kelantan ni
    nasi kerabu memang tak sah kalau tak ada budu
    huhu

    BalasPadam